Thursday, 30 September 2010

PANDU CERMAT BELUM TENTU SELAMAT?



SELAMAT….Penumpang yang terbabit dalam kemalangan tersebut yang tidak mendapat sebarang kecederaan walaupun kenderaan mereka remuk.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : JUN PACIFICO

MALANG tidak berbau. Inilah akibatnya sekalipun memandu secara berhemah, apatah lagi jika tergopoh gapah dan memandu laju sehingga tidak dapat mengelak kemalangan kepada diri sendiri seperti yang terdapat dalam gambar ini.

Semasa Wartawan Sabahkini.net dan jurugambarnya sedang dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Sandakan, tiba-tiba terlihat ramai orang dan beberapa buah kenderaan berhenti di tepi jalan seperti ada pesta keramaian.

Rupa-rupanya mereka sedang melihat satu kemalangan yang membabitkan sebuah kereta jenis Kembara yang terbabas ke kawasan tanah paya di kilometer 107, Batu Tulug, Kinabatangan kelmarin.

Menurut seorang penumpang yang merupakan anak perempuan kepada pemandu terbabit, punca kemalangan tersebut berlaku kerana cuba mengelak daripada melanggar seorang budak yang sedang bermain basikal yang tiba-tiba melintas jalan.

“Bapa saya terpaksa brek mengejut dan kereta kami terbabas ke kawasan paya. Syukurlah kami dan budak itu tidak apa-apa walaupun kereta kami jadi korban,” ujar penumpang tersebut yang meminta namanya dirahsiakan.

Walau bagaimanapun, kelima-lima penumpang tidak mendapat sebarang kecederaan melainkan hanya pemandunya sahaja yang telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami sedikit kecederaan di bahagian lengan dan kakinya.

No comments:

Post a Comment