Tuesday, 7 September 2010

150 ASNAF TERIMA SUMBANGAN RAYA



KASIH….Au sedang menyampaikan sumbangan hari raya kepada salah seorang ibu tunggal di majlis tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 150 orang asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal dan fakir miskin menerima sumbangan berupa wang ehsan raya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura, Au Kam Wah di Masjid Kampung Muhibbah dan Masjid Pekan BDC kelmarin petang.

Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura, Muhd Hj Utung menjelaskan ini adalah aktiviti tahun pejabat ADUN Elopura memberikan sumbangan tersebut kepada golongan orang kurang berkemampuan untuk sama-sama menyambut hari lebaran nanti.

Kata CDO mereka yang telah menerima bantuan raya tersebut adalah penduduk dari Kampung Forest, Taman Sunny, Kg Baru TB Ward, Kampung Muhibbah, Kg Cahaya Baru dan Kampung Mangkalinau.

Sementara dalam ucapan alu-aluan, Au Kam Wah antara lain beliau berkata tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah untuk meringankan sedikit beban kepada golongan daif untuk membeli barang-barang keperluan di hari raya tersebut.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, kita memang tidak pernah mengabaikan kebajikan para pengundi. Tidak kira apa bangsa mereka termasuk masyarakat Melayu yang bakal menyambut hari raya akan terus mendapat pelbagai bantuan,” kata Au lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Chang Tzun Hei, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Muhd Hj Utung dan Pemaju Mukim Osman Hj Ibrahim dan Abd Hafid Sealing.

No comments:

Post a Comment