Thursday, 9 September 2010

ADA MISTERI DALAM TUDUHAN MUSA HASSAN?



Oleh: HALIK ZAMAN

ADA dua persoalan yang bercanggah. Kata Tan Sri Musa Hassan, beliau menuduh Kementerian Dalam Negeri campur tangan dalam urusan kepolisan kepimpinannya. Ini bererti atau dapat diertikan, "ada orang atas yang buat salah?" KDN campur tangan atau ada arahan KDN untuk menutup kes yang ada kena mengena dengan ‘orang atasan?’ Mungkin tanggapan orang ramai boleh disalah erti dengan kenyataan misteri itu ?

Penafian Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Mahmood Adam pula mengatakan, maksud Musa Hassan adalah cadangan PDRM tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh KDN seolah-olah dipandang sebagai campur tangan. Ada kalanya cadangan dari pihak polis tidak dipertimbangkan sepenuhnya oleh Kementerian dan mungkin dilihat sebagai campur tangan oleh Musa.

Penafian Mahmood tidak ‘masuk akal’ dan bercanggah dengan tuduhan Musa. Ada sesuatu yang misteri di sebalik tuduhan Musa yang belum mahu diluahkannya lagi. Bahasa Musa lain dan bahasa penafian Mahmood pula lain? Semacam ada sesuatu yang tidak kena dan misteri?

Banyak perkara misteri yang belum terjawab terutama misteri pembunuhan Altantuya? Misteri Teo Beng Hock? Misteri dua semen (kesan air mani) berada di tempat sulit Anwar Ibrahim? Adakah ini maksud Musa kata KDN campur tangan? Perkara ini kita tulis kerana tuduhan Musa masih tergantung?

Kalau Mahmood memberi andaian bahawa permintaan polis tidak diluluskan oleh KDN, ia bukan mengundang pengertian ‘campur tangan?’ kerana bahasa ‘campur tangan" boleh membawa pengertian yang berbeza-beza. dan boleh mengundang beberapa andaian negatif kepada KDN?

Kita akan menyangka ada sesuatu yang disembunyikan oleh Musa akibat salah tafsir ‘erti campur tangan?’. Kalau tidak, masakan Hassan sanggup melawan arus dan secara tidak langsung antara Musa dan ‘Raja Keris’ memang nampak ada krisis?

No comments:

Post a Comment