Monday, 6 September 2010

PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI PENSIANGAN



Oleh: MAIL MATHEW

NAIB Presiden Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Gapari. Kitingan menghadapi pertentangan tiga penjuru merebut jawatan Ketua Cabang (Divisional head) dalam pemilihan parti itu yang dijangka berlaku pada 29 September 2010.

Ketika penamaan calon parti pada 5 September lalu (Ahad) yang diadakan di Bangsal, Kg Takul, selain Jeffrey, dua yang lain Danny Anthony Andipai dan seorang pemimpin tidak ternama turut mengemukakan borang pencalonan.

Difahamkan bahawa calon yang tidak ternama itu datangnya bersama satu aliran dengan Danny Andipai sebagai langkah berjaga-jaga seandainya kertas pencalonan Andipai ditolak ketika masa bantahan.

Masa bantahan akan berlaku selepas tiga hari dari penamaan pencalonan iaitu ketika borang-borang pencalonan mula dipamerkan untuk tatapan dan semakan oleh ahli-ahli PKR di kawasan berkenaan.

Manakala jawatan Timbalan Ketua Cabang merupakan satu lawan satu (straight fight) di antara mantan Pemimpin Kemajuan Rakyat ketika era kerajaan PBS, Gabriel Uwing menentang penyandang jawatan tersebut Affendy Hasbollah Angindih yang juga seorang bekas guru sekolah.

Mengikut Perlembagaan PKR, kelayakan bagi seseorang yang bertanding bagi sebarang jawatan diharuskan melunaskan bayaran yuran tahunan, berkeahlian di kawasan pemimpin itu bertanding, seorang penyokong dan pencadang di kawasan itu serta seseorang yang bukan bangkrap.

Danny Anthony Andipai merupakan penyandang jawatan Ketua Cabang di situ sebelum ini terlibat dengan isu kontroversi mempertikaikan kemenangan tanpa bertanding Tan Sri Joseph Kurup, Presiden PBRS bagi Parlimen Pensiangan pada PRU-12 apabila kertas pencalonan Andipai ditolak oleh Suruhanjaya Pilihanraya atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimana pun pergelutan isu tersebut berakhir apabila Mahkamah memutuskan bahawa kemenangan tanpa bertanding Kurup adalah sah.

No comments:

Post a Comment