Oleh : KREW SABAHKINI NET
ROMBONGAN calon Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman dengan Krew Sabahkini Net tiba di kampung Kaliwata Lama, Ulu Tomani, Tenom tepat jam 3.00 petang tadi dan disambut meriah ahli PKR dan ahli-ahli UMNO dan BN dengan penuh semangat sehingga bergema teriakan suara, "Hidup PKR! Hidup DSAI” dan diiringi oleh tepukan gemuruh para hadirin.
Majlis dimulakan dengan menjemput seorang Ketua Cawangan UMNO (meminta namanya dirahsiakan) dari sebuah kampung lain yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut untuk memberi ucapan berikut;
"Sudah bertahun-tahun lamanya kami undi calon BN, Rubin Balang DUN Kemabong dan Raimie Unggi Ahli Parlimen Tenom. Namun lihatlah bagaimana hidup kami dalam BN, tidak ada apa-apa perubahan. Yang miskin terus miskin yang menjadi kroni YB terus kaya raya".
Jelas beliau lagi, "Jangan bimbang, kami akan umumkan nama kami dan cawangan kami yang bakal kami bubarkan kepada umum tidak lama lagi, kerana kami sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan UMNO dan BN, sebab pimpinan UMNO/BN mementingkan diri sendiri bukan membela nasib rakyat".
Semasa menerima borang kemasukan ahli UMNO/BN ke dalam PKR Cabang Tenom, Halik Zaman menyatakan rasa gembira beliau kerana hampir semua kubu kuat parti lawan sudah tergugat berkat kerjasama bekerja secara berkumpulan, tanpa sebarang selisih faham dan tanpa mengungkit isu perkauman.
"Kalau rakyat Tenom mahu berubah, kita mesti tolak UMNO dan BN. Kalau rakyat Tenom merasa kos hidup sudah meningkat tinggi, buat apalagi undi BN? Bukankah lebih baik kalau YB-YB UMNO/BN semasa PRU13 beri tangki air, pam air, plywood, zink, papan dan wang RM200 ringgit, ambil sahaja. Rezeki. Tetapi jangan lupa undi PKR," jelas Halik Zaman.
Tambahnya lagi, “Kita tipu BN cuma 5 minit semasa mengundi tetapi kita sudah ditipu selama 5 tahun atau 1,800 hari. Siapa yang dosa besar?,” tanya Halik disambut dengan ketawa dan sorakan hangat hadirin.
"Kalau kita tidak mahu tukar Kerajaan BN, maka selama-lamanyalah nasib kita, anak dan cucu cicit kita akan ketinggalan ke belakang. Tidak akan ada perubahan yang dibawa BN dan kesengsaraan kita hidup di bumi yang kaya, tapi kos hidup yang tinggi akan menjadikan kita miskin dan papa kedana," kata Halik lagi,
Menurut Halik, Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang bijaksana mentadbir Negara dan mahu melihat sebuah kerajaan bersih dan hak rakyat terpelihara, lihatlah! Denganlah! Beliau difitnah, diaibkan, dianiaya oleh manusia-manusia yang mengaku pembela bangsa, tetapi sebaliknya mereka adalah pengkhianat rakyat.
"Jika kita mahu pimpinan bijaksana seperti Anwar Ibrahim memimpin Kerajaan Malaysia, biar apa sekalipun fitnah, keaiban, penganiayaan BN terhadap beliau, kita tetap bersatu. Lawan Tetap Lawan untuk tumbangkan Kerajaan UMNO dan bonekanya Barisan Nasional," tegas Halik lagi.
No comments:
Post a Comment