Oleh: KREW D7 SABAHKINI.NET
WALAUPUN diwartakan sebagai seorang yang bankrap kerana kesusahan menanggung hutang, namun Sarjan Dahali Hamdan, RF 129335 masih diberikan tugas mengawal lalulintas dan AIO serta mengekalkan gelaran ‘Raja Rasuah’ di kalangan polis Trafik di Balai Polis Penampang sejak dua tahun lalu.
Krew D7 Sabahkini.net yang menerima aduan daripada seorang pemandu daripada Penampang, Heng K.K bahawa bahawa seorang Sarjan Trafik bernama Dahali Hamdan yang menggunakan nombor di bajunya 129335 sama dengan nombor pengenalan yang dimaklumkan kepada Krew Sabahkini.net sejak enam bulan lalu, segera bergegas ke lokasi yang disebutkan pengadu berkenaan.
Intipan demi intipan yang dilakukan mendapati ‘Chips’ ini suka melakukan intipan ke atas lori, van dan kenderaan kecil di kawasan sunyi di Jalan Penampang dan mengejar mangsa yang kebetulan melakukan kesalahan lalu lintas atau sengaja dikenakan pelbagai kesalahan yang diadakan untuk mendapatkan sogokan.
“Saya kata kalau mau saman, samanlah. Tapi dia kata kalau dia saman, saya kena paling kurang RM900 kerana melakukan tiga kesalahan termasuk tiada lampu brek, cukai jalan yang tamat tempoh dan tiada insuran. Jadi dia kata kalau kasi RM300 kira settle,” ujar Heng yang mengakui terpaksa memberi wang yang diminta kerana gagal mengurangkan ‘cukai perkhidmatan’ yang dikenakan Sarjan Dahali.
Heng menerangkan bahawa beliau baru sahaj mengambil keretanya yang rosak sejak dua bulan lalu daripada bengkel dan dalam perjalanan untuk membaharui cukai jalan di JPJ Jalan Bundusan, tidak menyangka terserempak dengan Sarjan Dahali.
Oleh kerana tidak puas hati dengan tindakan Dahali yang ‘mengugut’ untuk mengenakannya lagi jika masih melakukan kesalahan yang sama, Heng segera menghubungi Krew Sabahkini.net untuk meluahkan kekesalannya di atas kesilapan menyumbat tembolok Sarjan berkenaan yang sebelum ini pernah meminta RM100 semata-mata kerana tayar keretanya botak.
Bagaimanapun, Heng menyatakan tidak berani untuk melaporkan kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana beliau tidak mempunyai saksi dan ditahan di tempat yang agak sunyi, apatah lagi memang dia melakukan kesalahan trafik ketika itu.
“Saya mau kasitau Sabahkini supaya siar cerita ini agar dia tidak lagi berani minta wang daripada saya dan minta Ketua dia ambil tindakan,” ujar Heng yang gentar untuk menghubungi SPRM selepas trauma membaca kes kematian Teong Beng Hock melalui akhbar.
Menurut siasatan Krew D7 Sabahkini.net, selain perkhidmatan menahan kenderaan di kawasan agak sunyi untuk memungut cukai, Sarjan Dahali juga memungut ‘Saham’ bulanan daripada ‘Tonto’ dan ‘Pemilik Lori Hantu’ kerana tidak menyaman lori mereka yang dikategorikan sebagai lori potong dan tidak mempunyai cukai jalan dan insuran.
Agak menghairankan, walaupun dikenakan tindakan tata tertib dua tahun lalu, namun Sarjan Dahali masih bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) yang bukan sahaja menyalahguna kuasa dan membudayakan rasuah, malah sanggup ‘menyara’ dan berkongsi ‘saham’ yang diterimanya dengan pegawai perjawatan polis agar tidak menukar beliau ke daerah lain dan mengabaikan tindakan tata tertib yang diterimanya.
Sebelum ini, Sarjan Dahali diwar-warkan akan ditukarkan ke Pasukan Gerak Am agar tidak merosakkan imej pasukan polis terutama di cawangan Trafik Penampang, namun kuasa wang mengatasi undang-undang.
Dengan gaji kecil dia mampu memiliki berapa buah kereta mewah dengan menggunakan nama proksi atau nomineenya dan mempunyai lebih daripada sebuah rumah yang agak mewah, seolah-olah Sarjan Dahali Orang Kaya Baru (OKB) yang memiliki kekayaan, wal hal beliau hanya ‘merompak’ para pemandu yang cuai dan takut untuk melaporkan kepada SPRM.
Ramai pemandu yang terkena merasa agak hairan kenapa Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim enggan mengambil tindakan tegas terhadap Sarjan Dahali sedangkan laporan rasmi telah dibuat kepada beliau melalui surat dan sms.
Semakan Krew D7 Sabahkini.net mendapati Notis Kebankrapan Sarjan Dahali telah diwartakan pada 17 Februari 2010 oleh Pengarah Insolvensi Negeri Sabah, Leo Anak Saga melalui Warta No. 153 [No. JIM/156/H/004/348/2009 (73504/346/2009) yang cabutannya seperti berikut yang boleh disemak dengan layari LAMAN WEB BERIKUT.
kisah rakayat dan pg trafik kawasan penampang polis: berhenti2 rakyat: napa bos polis: napa kau baru tarik tali pinggang rakyat: sori bos sya nampak kau baru sya ingat tali pinggang polis: saman tetap saman (duit 300 ba tu) sain cek. rakyat dengan memikirkan duit bayar saman dengan isteri yang sakit nak hantar ke hospital sampai tidak ingat tali peinngan mau pakai lagi ba KUANTER BAYAR SAMAN POLIS TERAFIK PENAMAPAG rakyat: bos berapa ini saman kuanter pembayaran: aya bos rm300 sudah ni rakyat: aik kenapa mahal sampai begitu????????? kuanter bayaran: aik kau tidak tgok dalam tv ka. kan sudah keluar di tv tu cerita tu saman rakyat: manalah sya nampak gia. bukan tiap jam dia kasi iklan tu saman rakyat: ni macam duit rakyat di dahulukan pencapayan di utamakan rakyat: ni polis nak mendidik ka mau cari untung ba....
ReplyDeletepacik saya ni. dia suda meninggal dunia.tolongla jgn kasi buruk2 nama dia lagi☺
ReplyDeletepacik saya ni. dia suda meninggal dunia.tolongla jgn kasi buruk2 nama dia lagi☺
ReplyDeleteSarjan dahali hamdan 2010 = inspector dahali hamdan 2018?
ReplyDelete