Oleh : David THIEN
PEMIMPIN tinggi BN Sabah
nampak seperti 'tenang' dengan berita pelancaran Barisan Pembaharuan Sabah atau
Sabah Reform Front (SRF), yang dipercayai bakal diterajui oleh dua ahli
Parlimen yang masih menjadi ahli parti komponen BN.
Kedua-duanya, Ahli Parlimen
Tuaran yang juga Timbalan Presiden Upko, Datuk Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen
Beaufort, Datuk Lajim Ukim, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dijangka melancarkan parti itu hari ini di
Tuaran, kira-kira 50km ke utara Kota Kinabalu.
Secara kebetulan, BN telah
mengadakan satu majlis di Tuaran, semalam yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi
BN negeri dan mereka kebanyakannya tenang mengenai perkembangan terkini.
Setiausaha BN Sabah, Datuk
Abdul Rahman Dahlan memberitahu Malaysiakini bahawa parti baru mencerminkan
kecergasan demokrasi di Sabah dan SRF mungkin akan mencairkan undi pembangkang.
"Jika ia adalah benar
bahawa Bumburing akan memimpin parti baru itu, maka ia adalah bukti selanjutnya
bahawa parti pembangkang, terutama Star dan SAPP, telah gagal untuk menawan
imaginasi rakyat Sabah dengan retorik mereka," katanya.
Star dihidupkan semula oleh
bekas orang kuat PBS, Datuk Jeffrey Kitingan manakala SAPP merupakan serpihan
PBS yang meninggalkan BN pada 2008. SAPP diketuai oleh bekas Ketua Menteri,
Datuk Yong Teck Lee.
Adalah difahamkan bahawa SRF
akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pelancarannya akan dihadiri oleh
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BN takkan tergugat dgn pelancaran SRF, BN tetap akan kukuh.
ReplyDeletemereka sertai Pakatan tak bermakna pakatan makin kukuh. Sabah bukan tempat sesuai bagi pakatan.
ReplyDeleteSRF pastinya tidak menggugatkan BN.
ReplyDeleteSabah MPs Datuk Wilfred Bumburing (Tuaran) and Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) have openly declared their support for the opposition. The question now is, how effective is their rebellion?
ReplyDeleteAnwar needs the Muslim and Kadazandusun votes if he wants to win Sabah and its 25 parliamentary seats. Lajim is there to convince the Muslims while Bumburing is to do the same for the Kadazandusun.
ReplyDeleteKerana tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan dengan penubuhan SRF ini.
ReplyDelete