BAGAIMANA Bob Lokman
mengatakan bahawa dia akan menjadi calon dalam PRU13 nanti sedangkan calon yang
berwibawa pun macam Dato Fauzi kena kencing dengan Pas?
Difahamkan sebelum Dato
Fauzi menyertai Pas beliau telah dijanjikan dengan berbagai benda yang cukup
menarik termasuklah menjadi calon Parlimen Bagan Serai atau Larut.
Sebulan kemudian sebaik
sahaja Datuk Fauzi menyertai Pas secara sah dengan menyerahkan borang kepada
Nik Aziz di Bagan Serai, Pas telah mengeluarkan surat kononnya Mesyuarat Pas
kawasan Larut sendiri (seperti dalam surat) telah sepakat menolak pencalonan
Datuk Fauzi untuk menjadi calon Parlimen Larut.
Habis tu untuk apa Pas
mencanangkan bahawa mereka bangga kerana bekas pegawai tinggi Polis sudah masuk
Pas....masuk untuk apa hanya jadi balaci sahajakah...atau hanya jadi pemasang
bendera Paskah...atau hanya untuk dijadikan anjing bagi menyalak di pentas Pas.
Oleh itu sekira ada pemimpin
Pas menjanjikan sesuatu yang menarik dengan syarat menyertai Pas terlebih
dahulu berhati-hatilah.
Perkara yang terjadi kepada
Datuk Fauzi perlu dijadikan pengajaran kepada umat Islam lain kerana modus
operandi Pas untuk menarik orang yang ternama menjadi ahli ini telah di 'ceduk'
dari modus operandi parti PKR.
Kita tunggu apa yang akan
terjadi kepada bekas pegawai tinggi kerajaan yang lain seperti bekas Lakmasana
Pertama Imran Abdul Hamid yang begitu galak berceramah, kemana pulak Pas hendak
'menghumban' bekas Laksamana ini.
Ada suara-suara sumbang
mengatakan bahawa penyertaan bekas pegawai kerajaan hanya untuk dijadikan Pas
sebagai parti popular dikalangan pakatan rakyat.
Sebelum ini parti DAP pernah
menyindir Pas kerana menumpang populariti parti DAP sahaja. Mungkin ini merupakan
salah satu bukti Pas kepada 'abang besarnya' Cina DAP
Sumber : SUNGAI RAPAT ONLINE
No comments:
Post a Comment