Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
PERTUBUHAN Pribumi Perkasa
Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai Timbalan
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta sebagai Ahli Umno.
Naib Presiden PERKASA, Datuk
Zulkifli Noordin berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati
prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas Ketua Umno Beaufort itu sudah
lagi tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kita hormati keputusan
beliau dengan semangat demokrasi dan hak dia untuk memilih wadah perjuangan
dia. Dalam waktu yang sama, demokrasi juga mewajibkan Datuk Lajim untuk
meletakkan jawatan kerana itu juga prinsip demokrasi.
"Dan hak Perdana
Menteri untuk memilih dan tentukan siapa ahli kabinetnya. Tidak ada jalan lain
lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan
perjuangan dengan wadah yang dia pilih," katanya pada sidang media selepas
majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi.
Sabtu lalu, Lajim, 57,
mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno
Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau
sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.
Beliau juga menyatakan
menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan mengenai
keanggotaannya dalam parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
berhubung jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Selain itu, Zulkifli turut
menasihatkan penduduk Sabah agar tidak terpedaya dengan slogan yang dibawa oleh
Pakatan Rakyat iaitu 'Sabah untuk Sabah' yang menurutnya seperti kembali ke
zaman sebelum merdeka
"Kita harus pandang ke
hadapan. Sabah kini sebahagian daripada Malaysia. Kita sepatutnya menghormati
pendirian rakyat Sabah dan tak patut
putar jam balik ke belakang kepada perpecahan negara. Orang yang amalkan
politik ini wajib ditolak," kata Zulkifli lagi.
Lajim must first ensure that all his position in BN-UMNO have been resigned.
ReplyDeleteIt doesn't matter what Lajim planned to do after he has resigned his position in the party. Whether he wanted to join PKR or PAS or set up his own SPF.
ReplyDeleteLajim mgkin akan sertai PKR.
DeletePerkasa, please mind your own business.
ReplyDeleteLajim is waiting to be sacked..
ReplyDeleteMemang patut Lajim keluar daripada BN.
ReplyDeleteSelagi Lajim di dalam BN maka semakin terseksalah BN oleh Lajim dengan pelbagai masalah timbul dan menjadi persoalan.
ReplyDelete