INGIN dapatkan bentuk
payudara cantik dan gebu seperti selebriti terkenal antarabangsa, Kim
Kardashian? Di bawah ini ada beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan
dan kecantikan payudara yang ingin penulis kongsikan bersama anda.
Harapan penulis kepada
wanita di luar sana, jagalah payudara anda sebaik mungkin kerana ia adalah eset
yang sangat berharga bagi setiap wanita.
Serlahkan kecantikan
payudara anda..
1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan
payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya
sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid.
Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa
hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah
kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa
doktor.
2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan
payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan
sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada 'hatinya'.
3. Senaman
Lakukan senaman dan
perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu
cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas
dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit,
tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali.
Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan
pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengangkat
dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot
dada.
Jika senaman yoga menjadi
pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan
kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan
lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu.
Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan
kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut 10 kali.
4. Urutan
Mengurut payudara dengan
minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk
merangsang peredaran darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan
ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah
tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim
yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana
urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar
susu serta menyusup ke seluruh tubuh.
5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah
payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar
air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting,
agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah disapu
dengan minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak
yang sering melekat pada puting.
6. Penggunaan baju dalam
Gunakan baju dalam yang
sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya
memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh
kehamilan dan waktu menyusu anak.
7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak,
letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik
payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah
dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk
melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan
kesakitan.
Kelebihan menyusukan anak
dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu
mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).
8. Ramasan
Elakkan pasangan anda
membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke
kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap
boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.
No comments:
Post a Comment