Monday, 30 July 2012

JANGAN PEDULI JIKA PEMBANGKANG CACI





SUMBANGAN…Musa turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

BANYAKKAN amal ibadah dan jauhkan melakukan perkara-perkara mungkar di bulan Ramadan Al-Mubaraq yang penuh keberkatan ini dengan mengelakkan perbuatan mengumpat dan mencerca kerana ini boleh mengurangkan pahala puasa yang kita kerjakan.

Bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa selama sebulan, bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga, bahkan menjauhi segala perkara yang boleh membatalkan puasa kita, khususnya dari segi tutur percakapan, melihat benda-benda yang boleh mengusik jiwa kita dan sebagainya yang ada kaitan dengan ibadah puasa.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian kepada media sejurus selepas mengageh-agehkan sumbangan bulan Ramadan kepada fakir miskin dan warga tua di Kampung Sibugal Besar, Jalan Sungei Batang, Sandakan, kelmarin.

Sempena bulan yang penuh berkat dan cabaran ini kata Juslie, kurangkan berpolitik dan banyakan ibadah supaya amalan kita diterima di sisi Allah kerana kalau berpolitik di bulan Ramadan ini memang tidak sunyi mengeluarkan kata-kata yang boleh mengurangkan pahala kita yang berpuasa.

 


BERSALAMAN…Apakhabar? Juslie bersalaman dengan Warga tua di majlis tersebut.

"Biarlah apa saja parti pembangkang hendak cakap, hendak memfitnah kita, hendak mencaci kita. Biarlah mereka yang tanggung dosa. Sebagai pemimpin, kita jalankan  tugas kita yang dimanahkan oleh pucuk pimpinan dan kewajiban kita sebagai umat Islam beribadah, bersedekah kepada orang yang kurang berkemampuan dengan menghadiri majlis berbuka puasa, bersembahyang berjemaah dan tarawih merupakan satu ibadah yang mulia,” tegas Juslie.

Tambah Juslie lagi, di musim menjelangnya hari lebaran ini, kita tidak harus melupakan orang tua, fakir miskin, anak yatim dan OKU. Jengoklah mereka di pusat-pusat tempat di mana mereka tinggal, di samping membawa buah tangan yang dapat menggembirakan hati mereka.

Turut hadir pada majis tersebut ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman; ADUN Gum-GUM Datuk Hj Zakaria Hj Mohd Edris dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran, Suhaimi Hj Nasir serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan.

7 comments:

  1. Hopefully all Muslim politicians will be careful about what they say during the Pusas Month.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saja pada bulan ramadan, pada bulan2 lain pun kena mcm tu.

      Delete
    2. True. Do good always with sincere.

      Delete
  2. Leaders should not be easily affected by the Opposition attacks.

    ReplyDelete
  3. Don't forget the less fortunate when celebrating Hari Raya.

    ReplyDelete
  4. Betul..Abaikan apa yang pembangkang ingin katakan. Tidak perlu peduli apa yang mereka caci.

    ReplyDelete
  5. Yang penting sekali berikan tumpuan dan keutamaan kepada kepentingan penduduk Sabah sendiri.

    ReplyDelete