HINA.....Sulaiman
menunjukkan karikatur menghina sahabat Nabi yang didakwa digunakan oleh sebuah
pusat tuisyen sebagai bahan mengajar di Ledang, Johor semalam.
LEDANG : Sebuah pusat
tuisyen di Tangkak dekat sini didakwa bertindak biadab memaparkan karikatur
menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas mata pelajaran
Sejarah bagi pelajar tingkatan empat di pusat berkenaan.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman
Maidin berkata, pusat tuisyen tersebut melukiskan 16 karakter sahabat nabi
dalam bentuk kartun dengan watak berbeza dan bahan-bahan tersebut disediakan
tenaga pengajarnya dikenali sebagai Mr. Fu.
“Antara karikatur yang keterlaluan
ialah lukisan seorang sahabat nabi yang dilukis dengan wajah khinzir. Imej
seorang lagi pula diletakkan gambar wanita dengan bahagian dadanya ditutup
dengan tulisan Cina, selain ada yang dikelilingi tiga wanita. (KOSMO)
No comments:
Post a Comment