Monday, 30 July 2012

SPNB DIMINTA BERI PENJELASAN





KOTA KINABALU: Pembeli rumah di Vista Minintod Penampang meminta Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) supaya menjelaskan status sebenar projek perumahan itu termasuk punca kelewatan yang menyebabkan para pembeli tertunggu-tunggu.

Menurut mereka, penjelasan segera itu perlu memandangkan tempoh pelaksanaan projek perumahan itu sudah melebihi jadual asal penyiapan.

Sehubungan itu para pembeli rumah berpendapat sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di negara ini sepatutnya peka terhadap masalah pembeli rumah.

Pembeli rumah di Vista Minintod kecewa kerana rumah yang mereka beli sejak beberapa tahun lalu masih belum siap, selain terpaksa membayar ansuran pinjaman bank.

Dalam hal ini para pembeli rumah berharap agar SPNB benar-benar mempraktikkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakkan dan ‘Janji Ditepati’.

Berdasarkan tinjauan di kawasan itu, struktur bangunan sudah siap, hanya sistem perparitan, jalan raya dan lanskap belum disiapkan.

Seorang pembeli rumah Simon Jimbun, 50, berkata dia membeli rumah di Vista Minintod iaitu pangsapuri kos sederhana rendah pada Januari 2009 dan menjangkakan dapat berpindah ke rumah itu selewat-lewatnya awal tahun ini.

Bagaimanapun katanya, apa yang mengecewakan sehingga kini belum ada berita baik penyiapan projek perumahan itu, sedangkan kebanyakan pembeli rumah sudah mula membayar bayaran penuh bulanan.

“Bermula Jun lalu saya sudah bayar penuh RM446 sebulan dan pada masa yang sama saya terpaksa membayar sewa rumah RM800 sebulan selain komitmen lain seperti pinjaman kereta, perbelanjaan harian keluarga dan persekolahan anak.

“Keadaan ini sangat membebankan kami sekeluarga dan berharap pihak pemaju dapat berbuat sesuatu untuk mempercepatkan penyiapan rumah itu,” katanya.

Simon juga berharap pihak-pihak berkenaan dapat memberikan kerjasama untuk mempermudahkan pihak pemaju menyiapkan kerja-kerja pembinaan parit, paip dan jalan raya di kawasan itu.

“Memandangkan projek perumahan ini di bawah kerajaan persekutuan, maka pihak pemaju sepatutnya lebih profesional menunaikan janji. Kita tidak mahu pihak pembangkang menjadikan ia sebagai isu politik.

“Oleh itu saya amat berharap pihak SPNB dapat menyiapkannya tahun ini,” katanya.

Seorang lagi pembeli rumah Victor Edwin, 29, berharap pihak pemaju dapat menyiapkan projek perumahan itu secepat mungkin bagi mengurangkan bebanan para pembeli yang terpaksa membayar ansuran pinjaman bank dan dalam masa yang sama membayar sewa.

“Pemimpin kerajaan sentiasa melaung-laungkan kata-kata keramat ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ dan Janji Ditepati” tetapi ia tidak bermakna sekiranya projek perumahan untuk rakyat gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya berharap perumahan itu dapat disiapkan secepat mungkin kerana kegagalan menyiapkan projek kerajaan dalam tempoh yang dijadualkan seolah-olah meng- gambarkan kerajaan ‘cakap tidak serupa bikin’,” katanya.

Victor berkata, berdasar- kan pemerhatiannya di kawasan itu, hanya kerja-kerja pembinaan parit, jalan raya dan landskap sahaja yang masih belum disiapkan.

“Kami rasa, tiada sebab pihak pemaju tidak dapat me- lakukan sesuatu untuk mempercepatkan penyiapan projek itu,” katanya yang membeli rumah itu pada tahun 2008.

Felicia Puji, 35, turut melahirkan rasa kecewa kerana kegagalan pihak pemaju memastikan projek itu siap mengikut jadual.

“Saya menandatangani perjanjian sewa beli pada November 2008 dan mula membayar bayaran penuh bulanan pinjaman rumah sebanyak RM450 sebulan bermula tahun lalu. Bank meminta bayaran penuh ansuran pinjaman sebab mengikut perjanjian ia sepatutnya sudah berada pada tahap siap sepenuhnya.

“Tetapi sehingga kini, saya masih tertanya-tanya bila dapat kunci rumah supaya bebanan saya dapat dikurangkan,” katanya yang kini terpaksa membayar sewa rumah RM600 sebulan selain bayaran lain seperti kereta.

Sementara itu, seorang lain pembeli Reianah, 35, berkata, kelewatan menyiapkan projek perumahan itu amat membebankan para pembeli.

“Pembeli rumah berpendapatan sederhana seperti saya amat tertekan kerana terpaksa membayar dua rumah dalam satu bulan. Saya membayar ansuran pinjaman bank dan sewa rumah sebanyak RM900 sebulan, selain komitmen bayaran lain,” katanya.

“Jangkaan pihak pemaju untuk menyiapkan projek perumahan itu ialah pada September tahun ini tetapi dalam dialog bersama SPNB, kontraktor dan pembeli rumah beberapa bulan lalu, kontraktor seakan-akan tidak dapat memberikan jaminan dapat menyiapkannya pada tahun ini,” katanya.

Katanya, dalam perjumpaan itu, pihak pemaju turut berjanji akan memberikan pampasan kepada pembeli yang layak iaitu yang telah membeli lebih tiga tahun. Pampasan yang dijanjikan ialah 50 peratus yang akan dibayar secara berperingkat- peringkat. (ST)

2 comments:

  1. Katanya, dalam perjumpaan itu, pihak pemaju turut berjanji akan memberikan pampasan kepada pembeli yang layak iaitu yang telah membeli lebih tiga tahun. Pampasan yang dijanjikan ialah 50 peratus yang akan dibayar secara berperingkat- peringkat. (ST)
    ---------------------------------------------------
    NI SPNB PENIPU.. SAMPAI SKRG BELUM ADA BAYANG PAMPASAN 50%NYA LAGI, BGS SPNB TUTUP PEJABAT KAT MAA TU, MAHAL BA ITU SEWA D SANA, SEWA PJBT MURAH2 D TEPI JALAN JAK , MEMBAZIR LA BYR SEWA PJBT MAHAL2, BGS DUIT TU BG PEMPASAN PADA PEMBELI

    ReplyDelete
  2. Saya Widya Okta, saya ingin memberi keterangan kerja yang baik dari Allah dalam hidup saya kepada bangsaku yang sedang mencari untuk pinjaman di Asia dan bahagian lain perkataan, kerana ekonomi yang buruk di beberapa negara. Adakah mereka sesiapa yang mencari pinjaman di antara kamu? Kemudian, anda perlu berhati-hati kerana banyak syarikat pinjaman penipuan di sini di internet, tetapi mereka masih tulen sekali dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah menjadi mangsa yang 6 kredit peminjam penipuan, saya hilang begitu banyak wang kerana saya mendapatkan pinjaman daripada syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya ditahan oleh rakyat hutang saya sendiri, sebelum i adalah pembebasan dari penjara dan seorang kawan saya yang saya menerangkan keadaan saya kemudian memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pinjaman reliabl yang SANDRA Vialone FIRM. Saya mendapat pinjaman saya daripada Rp 900.000.000 dari SANDRAOVIALOANFIRM sangat mudah dalam tempoh 24 jam yang i digunakan, Jadi saya membuat keputusan untuk berkongsi kerja yang baik dari Allah melalui SANDRAOVIALOANFIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya meminta nasihat anda jika anda memerlukan pinjaman anda lebih baik hubungan SANDRAOVIALOANFIRM. menghubungi mereka melalui e-mel:. (Sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya di (widyaokta750@gmail.com) jika anda mendapati sukar atau mahu prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete