Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : PKR berharap
melalui penyertaan dua ahli Parlimen dari Sabah ke dalam Pakatan Rakyat (PR)
minggu lalu bakal menyaksikan matlamat pakatan pembangkang itu untuk menubuhkan
“Kerajaan Rakyat Negeri Sabah” bakal terlaksana dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali (gambar) dalam kenyataannya berkata, penyertaan dua ahli Parlimen itu jelas
menandakan rakyat Sabah sudah menerima PR dengan diterajui oleh Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini menandakan keyakinan
rakyat Sabah kepada Anwar sebagai peneraju utama dalam PR, yang InsyaAllah akan
dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.
“Semoga kebangkitan rakyat
Sabah pada hari ini akan menghasilkan kejayaan dengan tertubuhnya Kerajaan
Rakyat Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke 13,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Dua ahli Parlimen yang
menyertai PR adalah ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan ahli
Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, yang mana turut melancarkan
pergerakan politik yang mesra PR, iaitu Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan
Perubahan Sabah (APS) yang akan bernaung di bawah payung PR.
Ahli Parlimen Gombak itu
dalam kenyataannya juga berkata slogan ''Ini kali-lah'' juga menandakan angin
perubahan telah sampai ke Negeri Di Bawah Bayu itu, dan menegaskan “sudah tiba
masanya untuk rakyat Sabah sendiri menentukan masa depan Sabah serta menikmati
hasil kekayaan negeri yang selama ini diagihkan secara tidak adil oleh
pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN).”
“Dua pengumuman penting yang
bersejarah itu menjadi bukti betapa rakyat Sabah sudah hilang keyakinan kepada
kepimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dan BN,” katanya merujuk
kepada penyertaan Lajim dan Bumburing.
Beliau turut menjangkakan
penyertaan kedua-dua pemimpin itu pastinya akan mengubah landskap politik Sabah
dan menzahirkan iltizam politik rakyat Sabah untuk mencetus serta melaksanakan
agenda perubahan.
“Tekad rakyat Sabah bersama
PR hari ini adalah berpaksikan kepada keyakinan mereka terhadap agenda untuk
melaksanakan perubahan.
“Mereka yakin dengan
dasar-dasar yang terkandung dalam Buku Jingga dan perlaksanaannya akan menepati
dan memenuhi hasrat dan cita-cita murni rakyat Malaysia yang mahukan urus
tadbir yang baik serta pengagihan ekonomi yang adil kepada semua rakyat,”
tambahnya lagi. (TMI)
penyertaan mereka ke dalam PR takkan melemahkan BN.
ReplyDeleteAhli yang memberi liabiliti kepada parti BN memang patut keluar
Deletedan PR jgn yakin mereka dpt menang di Sabah.
ReplyDeleteTidak perlu berkobar-kobar beri ceramah, tindakan tu yang penting
ReplyDeleteJangan terlalu berbangga dengan hanya dua MP menyertai pembangkang.
ReplyDeletePR bukannya parti yang terbaik untuk Sabah. Jangan terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh PR.
ReplyDelete