Salam Merdeka Buat Warga Sabah Yang Setia Bersama Sabahkini.net,
SAYA telah memberi terlalu banyak komen berhubung Pendatang Tanpa Izin (PATI) Indonesia yang merupakan hampir kesemuanya telah mendapat IC/MyKad melalui pintu belakang. Ini adalah kenyataan dan saya juga pernah komen tentang kejadian-kejadian yang berlaku di Indonesia yang melibatkan maruah bangsa dan negara kita yang disamakan dengan NAJIS.
Saya juga setuju bahawa warga Indon yang mendapat IC/MyKad atau yang menggunakan pasport Indonesia untuk bekerja dan menyokong pembangunan Malaysia. Saya rasa setiap orang juga akan berbuat begitu jika dalam keadaan terdesak seperti sekarang ini kerana kehidupan/keselamatan mereka bergantung kepada negara kita dan masyarakat kita.
Semua warga Indonesia yang telah mendapat IC/MyKad amat beruntung kerana anak-anak mereka juga mendapat kemudahan sama seperti warganegara Malaysia yang lain dari segi biasiswa, PTPTN, Pasport Antarabangsa dan sebagainya.
Tetapi apakah mereka sudah lupa tentang negara mereka? Jawapanya tentu TIDAK! Pengaliran keluar masuk warga Indonesia dan pengaliran keluar wang negara kita membuktikan perkara ini. Warga Indonesia yang menjadi warganegara ‘Malaysia Palsu’ ini masih berkiblat ke Indonesia.
Di institusi-institusi awam maupun sekolah-sekolah, mereka telah mula mengamalkan sikap perkauman dan mula menampakkan hasil komplotan mereka ini menyebabkan ramai anak-anak Sabah tertindas. Tetapi di negara mereka, pelajar kita yang meneruskan pembelajaran di Institusi-institusi Awam yang menggunakan duit mereka sendiri ataupun dengan tajaan kerajaan Malaysia menghadapi segala macam kesusahan dari aspek mendapatkan KIPEM dan sebagainya.
Malah sehari sahaja lambat memperbaharui PAS atas kesalahan mereka sendiri, maka pelajar kita diusir seperti ANJING, malah ada pelajar kita yang pernah ditampar, diherdik dan macam-macam lagi penindasan yang dilakukann. Jika tidak percaya tanyalah mereka yang pernah belajar di Indonesia.
Berbanding dengan negara kita yang mudah mesra dengan warga asing dan melayan mereka dengan baik, tentulah PTI atau PATI merasa senang hati duduk di Malaysia. Negara kita tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja asing merayakan HARI KEMERDEKAAN INDONESIA di ladang-ladang dengan menaikkan bendera Sang Saka Indonesia dan segala bentuk pesta meraikan hari berkenaan.
Negara kita juga tidak pernah soal siasat untuk pemberian biasiswa kepada anak-anak Indonesia yang mendapat IC/MyKad. Negara kita juga tidak pernah mempersoalkan sejauh mana kestiaaan mereka terhadap negara ini. Negara kita juga tidak pernah fikir tentang keselamatan negara pada masa hadapan. Negara kita juga tidak pernah memikirkan berapa ramai warga Indonesia yang telah menjadi POLIS, Tentera, Guru, Pegawai Imigresen, Pegawai Pendaftaran; yang senang-senang boleh membantu warga Indonesia yang lain.
Cuma ada beberapa langkah untuk mengambil tindakan yang sesuai dan Warganegara Malaysia yang tulen mendapat semula ‘Hak’ mereka. Antaranya :
1. Memastikan pemegang IC/MyKad melalui pintu belakang yang telah dikenalpasti dibatalkan Kewarganegaraannya dan memohon kembali untuk mendapatkan IC/MyKad setelah melalui proses-proses perundangan seperti yang terkandung dalam syarat-syarat Kewarganegaraan menurut Perlembagaan Persekutuan.
2. Mengenalpasti anak-anak PATI yang telah menjadi warganegara secara songsang dengan menjadikan surat lahir orang mati, ibubapa asli lain dari ibubapa warga PATI dan sebagainya untuk didokumentasi/disoal siasat supaya mereka juga dapat diberi kewarganegaraan dengan syarat-syarat yang termaktub dalam perlembagaan
3. Warganegara asing yang duduk di ladang-ladang dengan mendirikan rumah-rumah haram dengan izin tuanpunya tanah dibanci dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap tuan-tuan tanah yang memberikan izin dengan cara tarik balik geran tanah dan sebagainya kerana kesalahan jenayah melindungi PATI.
4. Anak-anak PATI yang meneruskan pelajaran di sekolah kerajaan yang memang kita kenal pasti bahawa mereka adalah warganegara palsu ditarik balik segala kemudahan seperti bantuan biasiswa, KWAPM, SPBT dan sebagainya walaupun mereka ada kad pengenalan. (kita kenal pasti ibu bapa mereka adalah warga Indonesia dengan cara rujuk surat lahir ibubapa mereka, surat nikah dan no KP ibu bapa mereka yang bermula dengan angka-angka yang telah diketahui UMUM seperti H05, H03 dan sebagainya)
5. Pegawai-pegawai kerajaan, ketua kampung, pegawai akuan sumpah, majistret yang sekongkol dengan mengakui PATI atau PTI disumbat ke penjara tanpa ada soal siasat (guna pakai ISA)
6. Warga asing yang telah menjadi warganegara dipantau dan diadakan kursus kenegaraan dengan sedikit bayaran agar mereka ini betul-betul warganegara yang baik, bertanggungjawab, tahu undang-undang negara, tahu perlembagaan, tahu rukun Negara dan tahu apa ertinya negara Malaysia.
Wahai Warga Malaysia yang berbangga menjadi Rakyat Malaysia! Semoga saranan yang saya utarakan di atas akan menyedarkan bangsa Malaysia agar berani bangkit untuk mengusir PATI daripada tanah berdaulat ini.
Salam Kemerdekaan dan Selamat Menyambutnya pada 16 September 2010
MAT SALLEH JR.
No comments:
Post a Comment