Tuesday, 7 September 2010

PKR TUARAN DILANDA KEPANASAN?




Oleh: PERISIK SABAHKINI.NET

MANTAN wakil rakyat Tamparuli, Edward Linggu Bukut dan mantan Ketua Pemuda UPKO Sulaman, Bobby Ewat adalah antara yang bakal bersaing mendapatkan kedudukan dalam pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat Tuaran.

Pemilihan tersebut yang akan diadakan pada 19 September ini pasti menjadi lebih panas kerana dikatakan rata-rata ahli-ahli PKR di kawasan itu mahukan perubahan pucuk pimpinan di peringkat cabang tersebut.

Edward, adalah seorang mantan pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) dilaporkan akan menentang Haji Ansari Abdullah menduduki takhta Ketua Cabang Tuaran yang panas.

Umum tahu Ansari adalah bekas calon PKR pada pilihanraya yang lalu dan adalah antara orang kuat PKR yang mempunyai hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan PKR Pusat.
Sementara Edward pula, mendapat sokongan padu daripada kalangan suku kaum Kadazandusun Murut (KDM) termasuk suku Bajau untuk mencuba nasib dalam pertandingan sengit tersebut.

Menurut sumber, Edward mendapat sokongan ahli-ahli PKR Tuaran di kalangan KDM dan juga daripada suku kaum Bajau di Sulaman. Kebanyakan ahli-ahli PKR di Tuaran inginkan perubahan kepimpinan di peringkat Cabang Tuaran untuk lebih kelihatan mantap sewaktu mendepani PRU13 akan datang.

Pertemuan antara Edward dan Ansari adalah yang ditunggu-tunggu kerana kedua calon tersebut mempunyai penyokong kuat masing-masing. Namun, semuanya terletak ditangan ahli-ahli yang akan memberi undian mereka sama ada pada 18 atau 19 September ini secara serentak di seluruh negara.

Sementara itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menampilkan bekas Ketua Pemuda UPKO N.10 sulaman dan bekas exco pemuda UPKO kebangsaan, Bobby Ewat akan menentang Timbalan AMK cabang Tuaran.

Kedua-dua regu di antara Edward Linggu Bukut dan Bobby Ewat dipercayai mempunyai kepimpinan yang berkualiti dari segi menghadapi PRU13 kerana masing-masing mempunyai pengaruh di peringkat akar umbi dan ini membolehkan Parti PKR akan terus berkembang dengan adanya barisan kepimpinan yang baru.

Namun yang pastinya calon-calon baru dari kalangan pemimpin muda haruslah diberi peluang untuk menerajui parti. Ini kerana senario masakini jelas golongan muda mahukan perubahan dari segi pemimpin untuk melakar masa depan mereka.

No comments:

Post a Comment