Saudara Pengarang,
SAYA tertanya-tanya sampai
bilakah ikan besar yang menyeludup minuman keras dan rokok haram ini akan
berleluasa di negeri Sabah yang tercinta ini ketika Pengarah Kastam adalah Anak
Jati Sabah sendiri?
Amat menghairankan, Ikan Besar
ini semakin hari semakin kaya. Antaranya Tauke Niu @ Kelly Tan; Gemuk @ Fui Lim;
Aming; Ateck dan kuncu-kuncu mereka yang tidak diketahui nama mereka tetapi
wujud dalam dunia penyeludupan ini.
Sampai bilakah Kastam dan PDRM
akan berhenti memakan duit haram dari taukeh- taukeh seperti mereka ini? Maklumat
terkini yang saya terima, pembantu peribadi Aming yang juga merupakan isteri
kedua beliau, sering masuk dan keluar ke Balai Polis Penampang, Bandaraya, Jabatan
Kastam yang terletak bersebelahan dengan Jeselton Point dan ering dilihat
memandu Avanza yang bernombor SAB1191L.
Saya hairan kerana melalui
maklumat daripada JPJ, kereta berkenaan didaftarkan atas nama Husmy Bte Kassim
yang beralamat di Kampung Pamalan, Keningau. Persoalannya kenapa Aming gunakan
kereta ini dan apa hubungannya dengan Aming. Adakah nombor pendaftaran kereta
tersebut palsu?
Kenapa 'Makhluk Betina' ini
sering dilihat di kawasan berkenaan dan apa tujuan sebenar berada di kawasan
ini selain memberi rasuah kepada 'Dajal' terpenting kepada bisnes mereka?
Persoalannya, sampai bilakah
jenayah ini akan terus berlaku dan di mana keadilan kepada pekerja Aming yang
telah meninggal dunia baru-baru ini? Aming semakin kaya, tetapi pekerja yang
menjadi mangsa pergaduhan sesama mereka tidak terbela.
Salam Hormat,
RAKYAT PRIHATIN ANTI
PENYELUDUPAN
No comments:
Post a Comment