KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)
boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.
Beliau yakin walaupun musim
tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang
kemungkinan.
"Kalau hujan atau
banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh
ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen
akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.
Beliau berkata demikian
dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia
sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.
Najib, yang juga Presiden
Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada
tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.
"Kalau bulan Disember
tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember
ini," katanya.
Najib mempunyai masa hingga
28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada
PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan
Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. (Bernama)
No comments:
Post a Comment