Oleh : AHMAD FADLI KC
SEORANG pembahas di
Perhimpunan Agung Umno ke-66 kelmarin mencuit hati para perwakilan apabila
beliau secara berjenaka mempersoalkan pengunaan perkataan 'Islam' dalam nama
parti PAS.
Ketua pembangkang di DUN
Kelantan itu berkata, 'Islam' dalam nama parti PAS bukan bermaksud parti itu
benar-benar Islam – seperti juga nama objek atau individu tertentu.
"Tengok orang pakai
selipar Jepun, bukan (maknanya orang itu) Jepun. (Seniwati) Siput Sarawak bukan
siput. Siput babi juga bukan babi," kata Alwi yang turut mengundang ketawa
kecil dari penonton perbahasan di ruang legar PWTC.
Alwi seterusnya
membandingkan bahawa PKR hanya 'mencampurkan' Melayu, Cina dan India berbanding
BN yang disifatkannya sebagai 'penyatu' Melayu, Cina dan India.
Bagaimanapun, ketiga-tiga
kelompok kaum itu yang diumpamakannya sebagai tanaman beras, gandum dan jagung
– memerlukan suasana dan persekitaran berbeza untuk tumbuh subur.
Katanya, tanaman berkenaan
dan terbantut pertumbuhannya jika ditanam bersama di dalam satu bendang.
"Padi kena tanam di
bendang padi. Gandum kena tanam ladang gandum. Jagung kena tanam ladang jagung.
Apabila bubur, roti dan jagung kita letak sebelah menyebelah barulah kita boleh
makan.
"Kalau semua kita
campur sekali (dari awal) boleh makan tak? Itulah konsep BN. Bukankah elok
pemimpin-pemimpin kita sudah buat sejak dahulu lagi?", soalnya.
No comments:
Post a Comment