Saturday, 24 November 2012

DEBAT, MUSLI OLI TIDAK FAHAM FAKTA





Oleh : THE UNSPINNERS 


KEBANYAKAN penulis buku politik hanya tahu menganalisa politik dan melihat politik dari sudut seni dan selalunya konspirasi politik dari sains politik. Pemahaman mereka tentang intipati dan teknikaliti pentadbiran, pengurusan ekonomi, perancangan bajet, formulasi polisi dan implementasi sering lemah sekali.

Ini ternyata dapat dilihat dalam Debat Wacana Antara Bajet Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat "'Kesannya Kepada Rakyat' antara Wakil Rakyat Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Wakil Rakyat 'Angan-Angan' PKR, Musli Oli di Tingkat 6, Palace Ballroom, Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Musli Oli ternyata jauh ketinggalan dalam pengetahuannya mengenai isu yang dibincangkan. Pemerhati melihatnya sebagai tiada fakta dan tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan. Selain itu, dia kelihatan lari dari fakta debat.

Dalam debat itu, Rahman menjelaskan bahawa BN serius dalam membasmi kemiskinan dan bajet ini begitu menyeluruh bantu membasmi kemiskinan.

Berhubung hal kemiskinan, Rahman berkata punca kemiskinan juga ada kalanya disebabkan sikap malas atau segan rakyat untuk mengejar peluang.

Sebab utama terletak pada keadaan mukabumi Sabah dan kedudukan penduduk yang berselerak. Dalam hal ini, kerajaan telah membuat sistem berkelompok dalam segala projek kini dan ini ternyata berjaya.

Pada Rahman, kemiskinan bukan hanya masalah di Sabah bagi menepis usaha kumpulan seperti Musli; yang mahu memainkan sentimen rakyat Sabah diketepikan, khususnya oleh kerajaan persekutuan. Kemiskinan adalah masalah global dan negara maju pun ada kadar kemiskinan setinggi 10%-15%.

Musli Oli tidak menawarkan fakta atau data untuk menangkis Rahman tapi hanya membandingkan kemiskinan rakyat di Sabah dan negeri-negeri di Semenanjung serta kadar gaji swasta di Sabah masih rendah.

Tiada sebab dapat dipersembahkan dan jauh sekali cara penyelesaian seperti yang bisa diketengahkan Rahman.

Masuk pusingan ke dua, Rahman menjelaskan dengan mudah bahawa gaji berada di peringkat minima kerana majikan di Sabah tidak mampu membayar gaji tinggi akibat perolehan yang tidak tinggi.

Susah tentu tiada kerajaan dalam dunia boleh diharapkan untuk menampung perolehan rendah mana-mana syarikat. Buku Jingga yang diunjurkan Pakatan Rakyat supaya gaji minima dilaksanakan tidak lojik dan hanya janji kosong.

Pembangkang hanya gunakan kemiskinan untuk isu politik tetapi kerajaan pemerintah yang ada sekarang mengusahakan untuk membasmi kemiskinan secara terus menerus.

Sebagaimana dalam pusingan sebelum ini, Musli Oli tidak menjawab dengan fakta tetapi hanya mengecilkan dan mengkritik Rahman.

Katanya, Wawasan 2020 tidak tercapai sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan kerana hutang negara mencecah RM 844 billion. Dari mana dia dapat angka itu? Dari puncak Gunung Kinabalu barangkali? Sebelum ini, angka lain dan lebih rendah yang dihujahkan pemimpin PR.

Musli kata dasar kerajaan hanya untuk gula-gulakan rakyat dengan menurunkan harga barang. Jika kerajaan benar mahu selesaikan kemiskinan, eloklah kerajaan turunkan harga kereta. Jika PR memerintah, mereka mahu hapuskan cukai eksais.

Baguslah itu. Banyaklah kereta import melanda negara dan banyaklah wang negara mengalir keluar. Akhirnya akan ada masalah kredit perbankan dan semua barang akan naik harga. Mana Musli Oli belajar ekonomi? Fakulti ekonomi di The Mall dan 'Coffeeshop' hotel barangkali?

Musli menambah untuk menuntut kerajaan rendahkan Dasar Cabotage yang mana pihak pembangkang di Sabah memudahkan cerita dengan kata semua kapal dikehendaki berlabuh ke Port Klang sebelum boleh kembali ke punggahkan barang di Sabah.

Rahman menjawab Dasar Cabotage menggalakkan perusahaan perkapalan di Malaysia dan mengurangkan pergantungan kepada syarikat kapal luar negara.

Jelasnya lagi, Cabotage bukan penyebab harga barang naik, tetapi disebabkan kos lain, pengakutan darat, rangkaian dan faktor lain. Musli tiada fakta untuk menyokong tuduhan dan kesimpulannya. Biasalah penulis  politik berdasarkan teori konspirasi.

Berkenaan hal harga kereta, Rahman menjawab dengan mudah. Harga kereta di Malaysia masih antara yang terrendah di Asia Tenggara.

Musli Oli masih dengan isu Cabotage, tetapi hujahnya hanya untuk melindungi kroni. Pasti dia tidak boleh namakan siapa kroni dan kroni pada siapa dan bagaimana salahlaku kuasa bantu kroni untuk menyokong tuduhan melulunya.

Pada pandangan penulis konspirasi politik, pelabuhan Sabah patut jadi hub. Entah dia fahamkah apa itu hub dan kepada mana dia nak hubkan pelabuhan Sabah? Adakah Sabah pelabuhan yang dalam dan terlindung?

Musli Oli menyarankan ramai belia berhijrah ke Semenanjung kerana masalah pengangguran di Sabah telah meningkat. Dia cuba mengaitkan isu dengan hal RM40 juta yang pembangkang mainkan sebagai "Wang Rasuah Musa Aman".

Kemudian dia timbulkan pula isu KKIP yang mana rakyat dibayar 30 sen, tapi kerajaan kerajaan jual pada harga RM12.

Akhirnya dia merungut pula menganai Sabah tiada pelaburan asing. Ini  mudah Rahman jawab dengan menjelaskan bahawa Sabah sedang bangunkan industri pelancongan dan kelapa sawit.

Musli mungkin tidak sedar pembangunan industri tersebut kerana dia ingat mudah untuk Sabah ubah dari industri 'extraction' sumber kepada pelaburan dalam 'high technology' dan boleh hantar rocket ke angkasa lepas.

Dia tidak menyedari rakyat Sabah pun tidak cukup untuk memenuhi kesemua kekosongan dalam Universiti Malaysia Sabah. Pelaburan asing memakan masa dan perlu ada keutamaan kompetetif. Penulis politik mana faham model Porter berkenaan "Competitive Advantage of Nation."

Berkenaan isu RM40 juta yang cuba digembar-gemburkan pembangkang sebagai duit UMNO Sabah, Rahman jelaskan bahawa Mahkamah Hong Kong dan ICAC telah menjelaskan tiada asas rasuah. ICAC Hong Kong terkenal dalam usaha membenteras rasuah dalam dunia.

Nampaknya dunia konspirasi politik Musli Oli baru disentak dengan kesedaran realiti. Dia pun ingat kelentongnya tidak diketahui orang. Politiknya di Kota Belud yang main hentam orang sahaja. Kelentongnya yang konon berjumpa dengan orang tertentu.

Jangan ingat orang tidak tahu motifnya untuk lompat ke PKR!

No comments:

Post a Comment