GIMIK....Azizah
bersama jemputan dan jawatankuasa penganjur menyaksikan Musa menyempurnakan
gimik perasmian Festival Bagandang Beaufort 2012.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Festival Bagandang
kini menjadi identiti Daerah Beaufort di negeri ini dan perlu dikembangkan ke
merata dunia, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah,
Datuk Azizah Mohd Dun.
“Kita perlu ada identiti
sendiri untuk masyarakat dunia mengenali kita. Maka, saya melihat Festival
Bagandang ini telah menjadi indentiti dan jenama kepada Daearah Beaufort.
"Selama empat tahun penganjuran
festival ini, ia semakin dekat di hati rakyat dan tumpuan bukan sahaja dalam
negeri malah turut mendapat sambutan meluas sehingga ke luar negeri seperto
peserta Festival Bagandang yang datang dari Semenanjung, Sarawak serta Negara
Brunei Darussalam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada
Majlis Perasmian Festival Bagandang Beaufort 2012 yang dirasmikan Ketua Menteri
Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di Tapak Tamu Pekan Beafort di sini
kelmarin.
Hadir sama, Setiusaha
Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi
Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi, Pegawai
Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Induk Festibal Bagandang, Wong Foo Tin,
Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Setiausaha Tetap
Kementerian Pemabngunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Asnimar
Sukardi dan Pengerusi Pelaksana Festival Bagandang Mohd Shaid Othman.
Azizah yang juga Adun Klias
berkata adalah menjadi hasrat dan visi pemimpin serta penduduk untuk menjadikan
Beaufort sebagai hub pengembangan ilmu, kesenian dan kebudayaan.
“Tamadun sesuatu bangsa
selalunya dapat dilihat melalui warisan seni budayanya. Ia perlu dikekalkan
kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya yang diwarisi mencakupi amalan dan
cara hidup pelbagai kaum di negara kita.
Hal ini termasuklah pakaian,
makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pelbagai
usaha bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan dihimpunkan
dan diterjemahkan dalam penganjuran kali keempat Festival Bagandang Beaufort
ini yang menjadi identiti Daerah Beaufort sebagai Pusat Bagandang yang terbaik
sekali di negeri ini,” katanya.
Jelasnya, Festival Bagandang
telah menyegarkan minat pencinta muzik tradisional untuk terus memartabatkan
kesenian budaya melalui pendedahan kepada generasi muda.
“Tahun ini memperlihatkan
usaha menaiktaraf Simfoni Bagandang kepada Okestra Bagandang dan sudah pasti
Okestra Bagandang akan menjadikan alunan seni ini lebih gah di mata pencintanya.
“Kumpulan pemuzik yang lebih
besar ini mampu mencetuskan idea kreatif mencipta alunan seni baru yang semakin
segar tanpa meminggirkan keunikan tradisi,” katanya
Azizah berkata, kejayaan
Razali Abdul Rahim dari Kg. Rancangan Klias, Beaufort yang telah yang menjuari
pencarian Bakat TV Malaysia dan juga memenangi pertandingan peringkat
antarabangsa -Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Road To Hollywood di
Los Angeles, Amerika Syarikat adalah sebagai kejayaan dalam mencapai
tranformasi seni muzik trdaisi.
“Pencapaian seperti ini amat
kita banggakan dan kita galakkan agar menyuntik lebih ramai pendatang baru seni
musik ini akan tampil memperketengahkan bakat seni mereka.
CENDERAKENANGAN.....MUSA
menerima cenderakenangan yang disampaikan Azizah selepas meyempurnakan majlis
Festival Bagandang Beaufort 2012.
“Pada festival ini saya
telah menyaksikan dengan bangganya anak-anak muda dari kalangan suku kaum lain
terutamanya dari kalangan muda mudi kaum Tiong Hwa menunjukkan kebolehan dan
bakat mengalunkan muzik kulintangan dengan memainkan lagu-lagu klasik
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,” katanya.
Beliau yag juga Penaung
Festival Bagandang memberitahu, pelbagai program diadakan sempena festival itu
meliputi kesenian, riadah, kekeluargaan hiburan, ekonomi serta informasi
maklumat.
Katanya, tahun ini, beberapa
tambahan program antaranya; Okestra Bagandang, Pertandingan Bagandang, Pertandingan
Silat Bagandang dan hanya akan menjadi acara tahunan.
Seterusnya Azizah berharap
generasi muda dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai
teras pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya
tradisional masyarakatnya.
“Selaras dengan hasrat
rakyat untuk merakyatkan seni, Festival Bagandang juga bertujuan merapatkan jurang
budaya serta mengeratkan perpaduan di kalangan setiap lapisan masyarakat.
Melalui pemahaman ini akan dapat menerapkan rasa kecintaan dan patriotisme
terhadap negara,” katanya.
No comments:
Post a Comment