Oleh : ARSHAD HUSSIN
BANTUAN...Dato
Sri Nasir (tiga kiri) diringi A.M.Ibnu (dua kiri) dan Mohd.Firdaus
Abdullah(kiri) menyampaikan Pembayaran Elaun Sara Hidup kepada salah seorang
nelayan sempena majlis itu di Semporna.
SEMPORNA: Menteri DiJabatan
Ketua Menteri meminta pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) meningkatkan usaha menguatkuasa undang-undang
membenteras aktiviti bot-bot pukat tunda beroperasi menangkap ikan di kawasan
pantai yang tidak dibenarkan oleh pihak kerajaan.
Katanya, pencerobohan dan
operasi penangkapan ikan oleh bot-bot pukat tunda di kawasan pantai yang tidak
dibenarkan bukan sahaja boleh menjejaskan pendapatan nelayan pantai malah boleh
merosakkan tukun dan unjam yang dibina nelayan pantai.
Nasir,menegaskan pihak
Jabatan Perikanan juga perlu sentiasa memastikan jenis pukat dan memastikan
mata pukat yang dignakan bot-bot pukat tunda tidak diubahsuai sehingga boleh
memusnahkan anak-anak ikan yang tidak sepatutnya ditangkap.
“ Bukan di kawasan sini
sahaja malah kita mendapat laporan daripada nelayan-nelayan pantai di seluruh
negeri ini yang sering berhadapan dengan masalah bot-bot pukat tunda merosakkan
tukun dan unjam yang nelayan bina sebagai tempat mencari nafkah,” kata Nasir.
Beliau berkata demikian
sempena merasmikan majlis Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai di
sini.
Sempena majlis itu Nasir
menyampaikan Elaun sara Hidup kepada 863 orang nelayan Persatuan Nelayan
Kawasan (PNK) Semporna.
Hadirsama Pegawai Daerah
Semporna,Abdul Muhammad Ibnu Abdul Kadir Baba; Ketua Polis Daerah Semporna,
Mohd.Firdaus F.Abdullah; Pegawai Lembaga Kemajuan Ikam Malaysia(LKIM) Wilayah
3,Tawau,Mohd Faisal Ab.Gaden; Pengurus Besar PNK Semporna,Dzulkiflee Mohd
Shafrie; Ahli Lembaga Pengarah PNK Semporna,Umra Amir Hassan;Pemimpin UPKR Dun
Senallang,Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna,OKK Haji Musa Sabaani dan ADDO
Haji Abdullah Sukka.
Nasir yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang,menyokong pembinaan Komplek Pendaratan
dibina di daerah itu bagi memudahkan kaum nelayan mendaratkan tangkapan ikan
dari masa ke masa.
Nasir berkata,kerajaan
sentiasa prihatin membela nasib nelayan di negeri ini dengan memberikan
pelbagai bantuan termasuk memberikan bantuan
injin sangkut dan subsidi peralatan menangkap ikan termasuk memberikan
Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai.
“ Kita berharap semua kaum nelayan terus
berusaha meningkatkan taraf hidup keluarga di samping mengukuhkan perpaduan
serta memberikan sokongan berterusan kepada kerajaan yang cukup prihatin
membela nasib rakyat negeri ini,” kata Nasir.
Katanya, setakat ini
kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan bantuan
kewangan bulanan secara tunai kepada kaum nelayan berjumlah RM200.
Nasir menjelaskan sehingga
Oktober 2012 sejumlah RM172,200 telah pun dibelanjakan untuk memberi manfaat
kepada 863 orang nelayan sejak Jun 2008.
Sebagai rekod bagi Daerah
Semporna sahaja pada awalnya pembayaran dibuat secara terus ke dalam akaun para
nelayan yang berdaftar dengan Persatuan
Nelayan Kawasan yang diluluskan oleh LKIM.
Namun begitu katanya
disebabkan cara lama itu gagal memberi inpun yang tepat kepada pihak LKIM
berhubung prestasi nelayan maka kaedah baru pemberian elaun sara hidup secara
tunai dimulakan sejak bulan September 2009.
Kaedah baru itu diharapkan
boleh mencapai matlamat yang dihasratkan kerajaan yang ingin melihat rakyat
khususnya kaum nelayan bukan sahja menerima bantuan kewangan yang tetap malah
ianya menjadi suatu cara bagi memastikan
kaum nelayan sentiasa mendapat bimbingan sewajarnya dalam meningkatkan
taraf hidup mereka.
TUNGGU....Sebahagian
daripada 863 orang nelayan menunggu giliran menerima pembayaran sara hidup
secara tunai sempena majlis itu di Semporna.
Sehubungan itu Nasir juga
menyarankan pihak LKIM memberikan latihan dan kursus kepada semua kaum nelayan
ini bagi memberikan mereka pengetahuan yang lebih mendalam dari segi
penangkapan ikan serta mampu merancang hala tuju kehidupan yang lebih baik.
Nasir juga menambah,pelbagai
usaha telah kerajaan laksanakan bagi memberikan keselesaan hidup kepada kaum
nelayan termasuklah meluluskan Program Khas Perumahan Nelayan (PKPN) sebanyak
RM300 Juta dan peruntukan telah diluluskan dalam tempoh tiga tahun.
Katanya, pada tahun ini
sahaja sebanyak 120 buah rumah nelayan di daerah itu telah dibaikpulih dengan
nilai RM12,000.00 sebuah dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM1,440.000.00 telah disalurkan
melalui MPPP Parlimen P.189 Semporna kepada nelayan yang terpilih.
No comments:
Post a Comment