Oleh: MAIL MATHEW
TENOM: Ketua Liberal
Demokratik Parti (LDP) Bahagian Tenom, Kapitan Ng Tet Hau meminta para pemilik
kenderaan agar bersabar dalam sedikit masa lagi kerana cadangannya agar
PUSPAKOM menjalankan pemeriksaan kenderaan di perkarangan Dewan Sri Antanom
belum mendapat kelulusan mutlak daripada pihak berkuas tempatan (PBT) di sini.
Beliau berkata, sungguhpun
sebelum ini beliau mendapat persetujuan secara lisan daripada Pegawai
Eksekutifnya, Wolfred Gentiu namun adalah lebik jika kelulusan 'hitam putih'
dikeluarkannya untuk membenarkan kawasan itu digunakan sebagai tapak
pemeriksaan PUSPAKOM secara berkala.
“Saya percaya PBT di sini
tiada masalah untuk membenarkan tujuan itu tetapi kita perlu surat hitam putih
sebagai jaminan mereka kepada kita,” kata beliau sebagai mengulas beberapa
pertanyaan para pengguna khususnya pemilik kenderaan berlesen berhubung bilakah
pemeriksaan PUSPAKOM diadakan di perkarangan Dewan Sri Antanom sepertimana
dirancangkan.
Setakat ini, pemeriksaan
PUSPAKOM telah diadakan di Pusat Kebudayaan Murut di Pulong dalam tempoh
sebulan sekali namun atas cadangan terbaru pusat pemeriksaan PUSPAKOM untuk
Tenom dan Kemabong dicadangkan di perkarangan Dewan Sri Antanom dalam masa dua
kali sebulan.
Kapitan Ng Tet Hau yang juga
merupakan seorang Ahli Majlis Tertinggi LDP Pusat berkata demikian sebagai
menjawab beberapa pertanyaan para pemilik kenderaan ekoran kelewatan
pelaksanaan pemeriksaan PUSPAKOM di tapak baru sepertimana yang dicadangkannya
sebelum ini.
Ng berkata, beliau memilih
dan mencadang tapak baru untuk pemeriksaan itu di perkarangan Dewan adalah
kerana di kawasan tersebut sesuai dan selesa kepada para pemilik kenderaan
untuk beristirehat sambil menunggu giliran kenderaan mereka itu selesai
diperiksa.
“Kita pilih sesuatu kawasan
yang lebih kondusif kepada penyelesaian urusan tersebut supaya dua pihak sama
ada pemilik kenderaan mahupun kakitangan PUSPAKOM boleh menjalankan urusan
mereka dengan licin dan teratur,” tegas Kapitan Ng.
Dalam pada itu, Pegawai
Eksekutif Wolfred Gentiu ketika dihubungi untuk mendapatkan ulasan, namun gagal
dihubungi kerana difahamkan pegawai itu berada di luar kawasan menjalankan
tugas rasmi.
No comments:
Post a Comment