Oleh : IDA LIM
KUALA LUMPUR : Pihak yang
mendakwa pilihan raya di dalam negara tidak adil digesa supaya tidak memalukan
Malaysia dengan menjemput wakil negara luar 'campur tangan' dalam proses
pengundian negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, semalam.
Beliau sebaliknya
menyarankan mereka supaya membuktikan tuduhan mereka supaya perkara tersebut
dapat diperbetulkan.
“Jika terdapat individu
berusia 12 tahun dalam daftar pengundi, berikan bukti dan kami akan betulkannya,”
kata Najib semasa berucap dalam perhimpunan 1 Malaysia Barisan Nasional (BN) di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). “Jangan panggil negara luar campur tangan.
Jangan malukan negara kita.”
Najib yang juga pengerusi BN
turut membuat perbandingan proses pilihan raya Malaysia dengan Amerika Syarikat
apabila mengatakan negara kuasa dunia tersebut juga hadapi masalah dalam proses
pengundian mereka seperti mengeluarkan keputusan pilihan raya lambat dan nama
pengundi hilang di stesen pengundian.
“Tapi mereka tidak kata
terdapat penipuan yang besar, tidak sah bahawa Presiden Obama menang. Mereka
menerimanya,” kata Najib lagi merujuk kepada Amerika.
Beliau turut berkata
Malaysia tidak memerlukan 'Kebangkitan Arab' dan menegaskan pertukaran sesebuah
kerajaan haruslah menerusi pilihan raya. Beliau menambah dengan mendakwa
pemberontakan popular tersebut yang menukar beberapa kerajaan di Timur Tengah
seperti Mesir dan Libya berpunca daripada kerana 'penindasan', penggangguran
yang tinggi sekitar 40 ke 50 peratus dan rakyat 'tidak mempunyai harapan'.
Tetapi di Malaysia, Najib
berkata rakyat Malaysia mempunyai 'harapan' untuk masa depan.
“Kena mahu perbaikinya kalau
tidak rosak?” soal Najib yang turut mengatakan ramai negara luar 'iri hati'
dengan Malaysia.
Sebelum menyentuh mengenai
pemberontakan di Timur Tengah, Najib berkata perhimpunan aman lebih baik
daripada rusuhan, merujuk kepada pergerakan pembaharuan sistem pilihan raya
Bersih 2.0.
“Perhimpunan aman, apa salah
dengannya? Lebih baik daripada ada rusuhan. “Kita beri mereka perhimpunan aman
tapi mereka mahu terbalikkan kereta. Adakah ini munasabah?,” kata beliau yang
merujuk kepada insiden awal tahun semasa perhimpunan oleh kumpulan Bersih 2.0.
Namun, pengerusi bersama
Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, memberitahu penyiar AS CNN dalam temubual
baru-baru ini bahawa pihaknya tidak berhasrat mewujudkan Kebangkitan Arab.
Beliau berkata mereka hanya
menekankan terhadap proses pilihan raya yang bersih dan telus.
No comments:
Post a Comment