Wednesday, 25 February 2015

GOTONG ROYONG PASCA BANJIR



SATU PASUKAN..Biro Pendidikan Umno bersama Kepimpinan Umno bahagian Wanita,Pemuda dan Puteri ketika memulakan kerja kerja pembersihan dalam program gotong royong membersihkan bangunan Perpustakaan kampong Rancangan Klias



BANJIR besar di beberapa  kampong di daerah Beaufort baru-baru ini meninggalkan kerosakan yang begitu ketara sehingga  ada beberapa buah bangunan kerajaan seperti sekolah, masjid  termasuk jalanraya mengalami kerosakan yang serius. 


Pasca banjir juga amat mencabar kerana kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan segera bagi meneruskan kehidupan seperti biasa dan lebih penting dapat menghindar penyakit selepas banjir. 

Menyedari keadaan itu, Biro Pendidikan Umno Bahagian Beaufort dengan sokongan padu Umno bahagian serta tiga sayap utama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri telah mengerakkan jenteranya bagi mengadakan  misi bantuan membersihkan  beberapa buah sekolah antaranya Sk Pintas, Sekolah Ugama  Islam Limbawang, SMK St John Bangunan Perpustakaan Desa Kampung Rancangan dan Masjid Kampung kampong Melulugus baru-baru ini. 

Misi tersebut yang diketuai oleh  Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin haji Aliasnih dan yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Umno bahagian Beaufort Haji Mohd Fadzlee Abdullah.

Mohd Fadzlee yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort  berkata, program sukarelawan seperti itu diwujudkan bagi membantu penduduk terutamana guru-guru dan pelajar sekolah bagi memulihkan serta membersihkan kawasan sekitar serta sekolah dan kemudahan awam lain  agar dapat digunakan dalam keadaan yang lebih bersih dan sempurna bagi mempastikan pelajar tidak terganggu pembelajaran mereka di samping mengelak kawasan yang terlibat dengan banjir menjadi tempat pembiakan serangga yang membawa pelbagai  penyakit terutamanya  penyakit denggi. 

“Kita dapat melihat semua pihak bersatu padu dalam membantu mangsa banjir dan bertungkus lumus membersihkan kawasan sekolah yang rosak teruk akibat banjir supaya dapat digunakan dengan selesa bagi sesi persekolahan,” katanya ketika melaksanakan program tersebut.

Misi tersebut turut menyerahkan sumbangan bantuan barangan keperluan asas kepada pihak sekolah yang terlibat.

“Dengan gabungan  kepimpinan Umno Bahagian, Wanita, Pemuda, Puteri dan komuniti setempat kita Berjaya melaksanakan program ini member gambaran semangkat kerja berpasukan merupakan pemangkin kepada kejayaan perlakasanaan program ini” jelas Mohd Fadzlee 


GALERI ACARA : 


SEIRING Ketua Umno Bahagian Isnin bersama Timbalan Mohd Fadzlee turut memotong rumput di padang Sk Pintas semasa menjayakan program tersebut



SEMANGAT…Mohd Fadzlee (tiga dari kiri) bersama anggota misi bantuan turut membubuh batu di jalan menunju ke Sk Pintas semasa menjayakan program gotong royong tersebut



KERJASMA…Jawatankuasa Umno bahagian bersama penduduk kampong terlibat turut bekerjasama menjayakan program gotong-royong tersebut



LANCAR…Isnin (empat dari kanan) bersama Mohd Fadzlee (satu dari kanan) Ketua Penerangan Datuk Kimjus Duim (dua dari kanan) dan Ketua Wanita Siti Aminah Aching ( tiga dari kiri) mengangkat baner sebagai simbol pelancaran program tersebut




WARNA BARU…Kerja-kerja mengcat bangunan sekolah turut dilakukan sempana program tersebut

No comments:

Post a Comment