Wednesday, 4 February 2015

JKKK HARUS UTAMAKAN ‘YANG BERKEPERLUAN’



UNTUK ALBUM .... Para pemimpin JKKK dan Ketua Kampung di enam buah kampung mengabadikan kenangan bersama Jahid dan para pemimpin masyarakat lain dalam program itu.


TAMPARULI: Sebagai mata, telinga dan mulut kerajaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dituntut agar sentiasa prihatin dan bersikap adil dalam menjalankan tanggungajawab mereka.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata,
dalam bidang pengurusan serta urus tadbir, JKKK perlu sentiasa proaktif dan menjalankan tugas dengan penuh ehsan serta kasih sayang.

Katanya, Pengerusi JKKK hendaklah memastikan setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat dikemukakan kepada pihak kerajaan agar tiada yang tercicir dalam apa juga bantuan yang disediakan kerajaan.

“Kita tidak mahu ada rakyat yang tergolong dalam kategori yang memerlukan bantuan terutamanya warga emas dan ibu tunggal tercicir sehingga mereka mempersalahkan kerajaan” jelasnya.


Beliau menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan para badan JKKK dan Ketua Kampung sebanyak enam kampung di Balai Muhibbah Kampung Telibong, dekat sini pada Isnin.

No comments:

Post a Comment