Monday, 16 February 2015

ZIARAH MANGSA KEBAKARAN RUMAH



BERSIMPATI....Rosnah bersama Ghulam  ketika  bertanya khabar di samping memberikan semangat kepada keluarga mangsa yang terlibat semasa kunjungan tersebut 


PAPAR : Ahli Parlimen Papar Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kinarut Datuk Haji Ghulam Haidar Khan Bahadar meluangkan masa menziarahi keluarga Haji Hadi Sebals dan Hajah Midah Haji Juman yang menghadapi musibah kebakaran rumah di kampung Soka Kinarut pagi kemarin.

Hadir sama dalam ziarah tersebyut Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Papar William Ahlan serta pemimpin masyarakat tempatan.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 10.00 pagi itu telah memusnahkan sama sekali bangunan rumah dua tingkat dimana api terlalu cepat merebak menyebabkan keluarga yang terlibat gagal untuk menyelamatkan harta benda mereka bagaimanapun tiada kemalangan nyawa dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya selain menzahirkan rasa simpati dan berharap keluarga yang terlibat bersabar sempat menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban keluarga yang terlibat. Sumbangan juga turut diberikan oleh Ghulam yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur kepada keluarga mangsa yang terlibat.



GALERI : 


PENJELASAN....Rosnah dan Ghulam ketika mendengar penjelasan Pegawai Bomba yang sedang menjalan kerja kerja memadam api semasa kunjungan tersebut




MUSNAH...Rumah mangsa musnah sama sekali dan kerja kerja memadam api masih dilakukan oleh pihak Bomba semasa kunjungan Rosnah dan Ghulam di lokasi kejadian





No comments:

Post a Comment