Datuk Halimah Mohd Sadique
KOTA BELUD: Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tampatan, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, masyarakat di daerah ini akan menikmati kesejahteraan bandar dengan selesanya apabila pelbagai projek meningkatkan kualiti kemudahan awam dan kesejahteraan bandar dan tempatan dilaksanakan dalam tempoh terdekat di pekan ini.
Katanya, bina bazar Rakyat, naiktaraf esplenade, naik taraf padang dan Dewan Tun Said, bina terminal bas, bangunan letak kereta bertingkat, naik taraf longkang-longkang, kualiti pencahayaan bandar dangan pemasangan lebih banyak lampu, penambahbaikan kepada jalan-jalan raya bersama dengan pihak JKR, penambahbaikan kepada sistem saliran peparitan di bandar dan penambahbaikian kepada laluan pejalan kaki untuk masyarakat di kawasan Bandar dan banyak lagi bakal dilaksanakan.
Halimah bersama rombongan ketika meninjau beberapa projek pembangunan bandar Kota Belud
“Ini adalah projek-projek yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kerajaan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan yang juga selaku Ahli Parlimen Kota Belud, dan saya datang ke sini untuk memantau projek yang akan dibangunkan oleh kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Projek pembangunan ini akan dibina dalam tempoh 24 bulan atau dua tahun dan saya harap kita masyarakat di kawasan Kota Belud ini akan merasa gembira dengan berita baik ini kerana ahli parlimen kita selaku Yang Berhormat Menteri bersungguh-sungguh ingin terus membangunkan kawasannya dan kita harap apabila projek-projek ini terlaksana akan meningkatkan lagi kualiti kemudahan dan juga kesejahteraan kerajaan tempatan, terutamanya masyarakat dalam kawasan parlimen Kota Belud,”katanya kepada pemberita selepas meninjau beberapa lokasi yang sedang dibina dan akan dibina, di sini, Isnin.
Turut hadir rombongan kementerian dan kakitangan Majlis Daerah Kota Belud Halimah berkata, sekarang ini tugas kementerian ialah untuk selaraskan tugas kementerian dan Majlis Daerah Kota Belud juga sedang berurusan, untuk mengenal pasti berapa jumlah peniaga yang ada di kawasan Pasar Tani dan Kiosk Mara dan kemudian di terminal tapak bas baru berserta dengan tempat letak kereta bertingkat.
“Selepas selesai mengenal pasti peniaga-peniaga ini, kita akan letak mereka di tempat sementara untuk mereka berniaga dan itu juga akan dibincangkan oleh Majlis Daerah Kota Belud bersama-sama dengan perniaga, untuk kita mendapat kesefahaman dengan peniaga-peniaga yang sedia ada di Pasar Tani dan kiosk Mara serta yang ada di Terminal Bas dan banyak lagi perancangan baru yang akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen kita selaku menteri, termasuklah Dataran Pembangunan Kota Belud.”katanya.
No comments:
Post a Comment