OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Kenaikan harga barangan keperluan 90 peratus kini telah dirasai oleh setiap pengguna yang berbelanja di kedai-kedai runcit dan pusat-pusat membeli-belah.
Masyarakat pengguna bertanya-tanya kenapa para peniaga tidak mahu menurunkan harga barangan niaga mereka walaupun pihak kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengarahkan para peniaga untuk berbuat demikian namun arahan demi arahan KPDNKK langsung tidak dihiraukan, mungkin menunggu mereka dikenakan kompoun di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Jadi, jelas penurunan bahan api khususnya minyak petrol RON RM1.70 seliter tidak membawa kesan positif kepada peniaga, kata erti lain sebenar tidak membawa kebaikan kepada pengguna kerana kedegilan para peniaga masih menetapkan harga lama.
Dalam pada itu, terdapat segelintir peniaga pula mengambil kesempatan menaikan harga barangan sehingga 90 peratus bila menjelangnya tahun baru cina.
Saya ada berjumpa beberapa pemilik kedai runcit dan bertanya kenapa kamu tidak turunkan harga barang-barang kamu, apa mereka jawab : pembekal-pemborong yang membekalkan barang-barang tidak mahu menurunkan harga, macam mana kami sebagai peniaga runcit mahu menurunkan harga lebih murah, rugilah kami kata beberapa orang tuan punya kedai.
Kalau diambil kira beberapa sudut memang ada kebenarannya kalau pihak pemborong sendiri masih mengekalkan harga lama macam mana peruncit mahu menurunkan harga barangan walaupun telah diarahkan oleh pihak KPDNKK.
Paling buruk sekali peniaga di Sandakan sudahlah tidak mahu mengekalkan harga lama malahan mereka menaikkan harga lebih tinggi, hal ini yang menyusahkan kepada para pengguna.
Kalaupun mereka tidak mahu menurunkan harga barangan dan tidak kisah dengan seruan kerajaan, tetapi mereka harus mengekalkan harga lama jangan pula memandai-mandai menaikkan harga tinggi terutama sekali di musim-musim menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Sebagai kesimpulan, masyarakat pengguna tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada pekedai runcit yang belum menurunkan harga barangan niaga kerana mereka ini pokok pangkalnya datangnya dari agen-agen pembekal barang-barang yang belum berbuat demikian.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat Puan Saleena Titi dan Pengerusi Perubuhan Perlindungan dan Kepenggunaan Sabah (CAPS) yang berani menyuarakan hal-hal kenaikan harga barang demi kebaikan semua pihak.
Saya selaku Editor Kanan Free Sandakan Today dan Wartawan Kanan The Sabah Insider.net dan Wartawan Kanan Sabahkini.Net ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kerana telah mengikuti perkembangan dan perjalanan ketiga-tiga portal online ini bagi mendapatkan berita-berita panas dan sensasi portal untuk edisi di Sabah.
Semenanjung mereka punya portal online seperti Free Malaysia Today (FMT) The Malaysia Insider.net dan Malaysiakini bagi menyiarkan berita-berita panas dan sensasi.
No comments:
Post a Comment