Thursday, 5 February 2015

WONG : KENYATAAN ISMAIL SABRI BOIKOT PERNAGAAN CINA BOLEH CETUS KEMARAHAN KAUM CINA


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong membidas kenyataan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Ismail Sabri melalui laman sosialnya (FB) yang menyarankan kaum Melayu supaya memboikot perniagagan Cina.

Wong menyifatkan sentiment itu berbaur perkauman yang boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Cina di Negara ini; sepatutnya Perdana Menteri melucutkan Ismail dari terus menyandang jawatan tersebut serta merta.


Wong berkata, kenyataan Sabri bukan sahaja menyakitkan perasaan dan perhubungan di antara kaum, malah amat tidak bertanggungjawab, tidak bertamadun dan mengandungi sentimen perkauman.

Jika Najib serius terhadap konsep 1 Malaysia, maka beliau harus melucutkan jawatan Sabri dengan segera, kerana Sabri tidak layak untuk menjadi menteri rakyat Malaysia!

Jika Najib bertoleransi dengan kenyataan tersebut, ini bermakna konsep 1 Malaysia hanya wujud pada nama sahaja, dan juga membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan yang rasis.

“Mengapakah hanya menyalahkan peniaga Cina? Terdapat ramai peniaga yang tidak amanah tanpa mengira kaum, masalah ini tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman! Setiap kaum ada pencuri, penjahat dan peniaga tidak amanah, jika semua ini menyalahkan orang Cina sahaja, perbuatan dan motif sebenar menteri amat diragui, beliau tidak layak menjadi menteri kita!” tegas Wong dengan penuh amaran.

Selain itu, Wong juga berkata, Sabri selaku menteri dalam kabinet, seharusnya menggunakan kuasa pentadbiran untuk menyelaraskan jabatan yang berkaitan, menghukum peniaga yang tidak amanah, bukannya mengeluarkan kenyataan seperti itu, menyebabkan rakyat bertentangan dan berpecah-belah, mengakibatkan lagi banyak perselisihan faham dan tindakan ekstrem berlaku.

Beliau berharap Najib bertanggungjawab dengan kabinet dan kerajaan, menunjukkan kepada rakyat nilai kesederhanaan yang dilaung-laungkan di majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan melucutkan jawatan Sabri dengan segera.

Beliau juga mengutuk keras Sabri mengeluarkan kenyataan sebegitu, menimbulkan isu perkauman yang sensitif, mewujudkan perkara yang tidak benar dan tidak adil terhadap orang Cina. 

Pada hakikatnya, ramai orang Cina juga mengalami masalah yang sama, disusahkan oleh peniaga yang tidak amanah. Orang miskin tiada mengikut bangsa, orang Cina juga adalah mangsa, mengapakah menteri hanya menuding jari kepada orang Cina sahaja?

Wong menegaskan bahawa, tidak kira bagaimana menteri berdalih, kenyataan tersebut kini telah merosakkan perhubungan kaum, memusnahkan konsep 1 Malaysia Perdana Menteri. 

Jika Najib adalah Perdana Menteri yang mengamalkan kesederhanaan, maka Najib harus memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Cina menjelang Tahun Baru Cina ini, dan melucutkan jawatan Sabri.  


“Apakah perasaan kaum cina yang berada di parti komponen BN MCA , GERAKAN dan LDP bila  mana seorang ahli parti komponen BN sendiri begitu tergamak  mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman yang boleh menyakitkan hati serta boleh menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat Cina yang ada di pelusuk tanahair ini, apakah tindakan mereka seterusnya  terhadap perilaku Ismail Sabri? ” Tanya Wong.

No comments:

Post a Comment