OLEH: CHARLES P ANDIANG
KOTA KINABALU: Kegagalan pihak Kemterian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memantau harga barangan membuat para peniaga kedai runcit dan beberapa buah gedung pusat membeli-belah sesuka hati menaikkan harga barangan sebanyak 60 hingga 87 peratus.
Kenaikan harga berapa barangan keperluan telah dirasai oleh para pengguna di sekitar bandar Kota Kinabalu dan di beberapa bandar utama Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.
Ini adalah disebabkan kegagalan pihak KPDNKK memantau kedai-kedai runcit dan pusat-pusat membeli belah maka mereka langsung tidak menghiraukan walaupun harga minyak petrol dan diesel turun menjunam namun tiada impak kepada para peniaga dan masih menaikkan harga sesuka hati mereka sahaja.
Tambahan lagi perayaan Tahun Baru Cna yang bakal menjelang dua minggu lagi akan disambut, maka para peniaga telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan niaga mereka dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risikonya.
Seorang pelanggan yang hanya dikenali Lim Kim Soo memberitahu kepada Wartawan katanya, barang-barang keperluan harian kini harganya semakin mahal dijual di kedai-kedai runcit berhampiran.
Kata Lim lagi penurunan minyak Petrol RON 1.70 sen seliter namun harga barang semakin hari kian mahal ini semua berpunca daripada kegagalan pihak KPDNKK yang buta mata, buta hati membiarkan para peniaga untuk meraikan keuntungan berlebihan.
No comments:
Post a Comment