OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Kaum bumiputera di Negeri ini khususnya daerah Sandakan diseru agar merebut segala peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam pelbagai sudut aspek.
Pertama, peluang besar yang sedia ialah peluang peniagaan kaum bumiputera yang cenderung dalam aspek dunia peniagaan memang amat digalakkan untuk memartabatkan pertumbuhan ekonomi bagi menjana pendapatan.
Pengerusi Perhubungan merangkap Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah Abang Jorgy Abang Hj Juana berkata demikian ketika memberi ucapan alu-aluan pada majlis penutupan kursus Pemperosesan Sos dan Hasil Ikan anjuran Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah dengan kerjasama MARDI negeri Sabah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat DPBS di Bandar Prima KM 7.9 Jalan Utara dekat sini petang tadi.
Kursus yang diadakan selama dua hari yang bermula pada 14hb Febuari dan berakhir pada 15hb Febuari 2015 telah disertai seramai 60 orang yang terdiri daripada masyarakat bumiputera setempat.
Abang Jorgy berkata, mereka yang telah mengikuti kursus berkenaan sekembalinya ke rumah nanti mereka boleh mencuba membuat sendiri sos yang dibuat daripada hasil ikan sama ada untuk dijual atau dimakan sendiri.
No comments:
Post a Comment