Oleh : ABDULLAH SANI HJ
ABDUL SALLEH
KENYATAAN Pengarah Jabatan Tanah
dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal pada 26 September 2012 di Sabahkini.net yang
mengatakan bahawa Hak NCR Bumiputera sudah tidak berkuat-kuasa sejak 13
Disember 1930 dan pemohon selepas tarikh itu tidak lagi mempunyai hak demikian;
amat bermuslihat dan tidak bertanggung jawab.
Beliau telah mentafsirkan
seperti di bawah ini :
“With this, any illegal
settlement on government land (despite how long the tenure was) or settlement
with temporary stay authorisation could not make any claim, grant, importance
or shape any rights to demand ownership on the land from the government.”
Dengan tafsiran ini, bererti
penempatan masyarakat nelayan pesisir pantai khasnya masyarakat tepi pantai
yang juga dikenali sebagai 'Tou’ Higad' dan bumiputera yang tinggal di semua
kawasan itu di negeri Sabah; serta rakyat di kawasan Pedalaman telah terancam masa depan mereka kerana
kehilangan Hak disebabkan pembatalan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, pada
pandangan saya, kerajaan BN perlu berbuat sesuatu mengenai perkara ini dan
tidak membiarkannya berlarutan mengikut tafsiran sesuka hati sehingga membelakangkan
Dewan Undangan Negeri dan Mahkamah; yang akhirnya menyebabkan penghapusan hak Anak
Negeri Sabah terus tergadai.
Dewan Undangan Negeri Sabah
yang dibentuk atau diwakili oleh 92% kerusi Bumiputera atau 'Native' yang
mempunyai Hak NCR di Negeri Sabah, sementara 100% kerusi Native atau Bumiputera
yang mewakili kerusi DUN Sabah adalah mewakili kerajaan Barisan Nasional negeri
ini.
Persoalannya, sudah 49 tahun
'Merdeka' tetapi 'Kerajaan dan YB-YB BN' belum merdeka untuk menggubal
undang-undang dan mentafsir undang-undang mengikut kehendak rakyat dan hak
asasi mereka?
Kenapa Kerajaan BN yang kini
diterajui Datuk Seri Musa Aman belum bersedia mengkaji semula undang-undang itu
untuk dikembalikan dan diperkasa
berdasarkan keperluan Hak Anak Negeri; sebaliknya membiarkan 'Tiga
Individu Laknat' iaitu Pengarah Jabatan Hutan (Datuk Sam Mannan) dan Pengarah
JTU (Datuk Osman Jamal) dan 'Peguam Besar Negeri Sabah' (Datuk Antony Roderic @
Manthoapil Fernandez) secara membabi buta mengeliru dan menghasut rakyat
melalui tafsiran mereka terhadap Bab 68, Ordinan Tanah Negeri Sabah di bawah Seksyen
13, 14,15 dan 16 berhubung Hak NCR.
Kita semua perlu faham dan
akur kepada kehendak rakyat bahawa bangsa yang merdeka adalah bangsa yang
mempunyai Hak dan kelebihan di dalam negaranya sendiri untuk menlindungi masa
depan mereka, bukannya terus digertak dan ditakuti oleh 'Agen Asing' atau melindungi
kepentingan pihak tertentu.
Mungkin ramai lupa bahawa salah
satu syarat pembentukan Malaysia ialah dengan menempatkan Hal Ehwal Tanah dan Kerajaan
Tempatan di dalam senarai negeri atau Hak Negeri untuk selama-lamanya
Tujuan utama syarat unggul
ini ialah supaya rakyat Sabah terus menjadi tuan di negerinya sendiri. Di samping
itu juga, British telah mewujudkan Mahkamah Anak Negeri bagj menjaga Hal Ehwal
Adat Istiada rakyat tempatan bagi menjamin kedaulatannya rakyat negeri ini
terjaga dan tidak terluput.
Saya yakin bahawa Anak
Negeri dan Bumiputera Negeri Sabah 'TIDAK' akan menerima kenyataan bahawa 'HAK
NCR' mereka telah terhapus sejak 1930 berdasarkan undang-undang yang sedia ada?
Sebagai contoh, Kes Ramilin
di Pitas tempoh hari telah mengesahkan bahawa Hak NCR tidak boleh terhapus
walaupun ketiadaan Undang-undang seperti mana yang diputuskan oleh hakim dan
perkara ini boleh kita ambil rujukan untuk memperkasa masa depan kita di negeri
ini.
Dalam hal ini, penduduk
Sabah Bumiputera perlu bersatu jika kesemua wakil rakyat mereka gagal untuk
membetulkan undang-undang yang telah terhapus ini, tiada gunanya kerusi
bumiputera yang menyokong kerajaan BN 100% berada di sana. Jika mereka gagal
menjaga kepentingan dan hak Bumiputera atau NCR terabai yang mewakil lebih dari
90% kerusi Dewan Undangan Negeri.
Sehubungan itu, Kerajaan
Sabah yang dikendali dengan baik oleh Datuk Musa Aman ketika ini tidak
mengulangi kesilapan Tun Mustapha, Harris Salleh, Pairin Kitingan dan semua
Ketua Menteri Merry Go-Round; yang bacul untuk membuka mulut berkata 'TIDAK'
kepada kemungkaran kerana terlalu menjadi 'TUAN BESAR' dari MALAYA!
Sebelum Sabah di 'Melaya'
(diterlentangkan) untuk 'diperkosa' oleh pemimpin rakus dari Kuala Lumpur dan
pemimpin Sabah sendiri; ada baiknya rakyat Sabah bersatu hati memberi sokongan
padu kepada pemimpin Sabah yang benar-benar berjuang untuk Sabah sebelum terlambat!
PBS tidak bersetuju dengan mod tafsiran yang digunakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur pengarah Datuk Osman Jamal, seolah-olah membatalkan peruntukan undang-undang bagi hak-hak masyarakat pribumi mengenai hak adat mereka tanah NCR selepas tahun 1930.
ReplyDeleteDatuk Henrynus Amin berkata PBS menyesali kenyataan yang dibuat oleh Osman di atas tanah NCR itu yang katanya telah dibuat dalam tergesa-gesa tanpa berunding pertama Kabinet Negeri Sabah dan tanpa mengambil kira sensitiviti isu itu pada masa ini.
DeletePBS berharap lebih ramai pakar undang-undang untuk tampil ke hadapan untuk memberi pandangan mereka atau walaupun perdebatan awam untuk membantu Negeri mentafsir niat asal merangka undang-undang tanah NCR
ReplyDeleteDatuk Henrynus Amin berkata penduduk kampung yang terlibat pasti tidak akan mengalah walau seinci pun tanah NCR kepada Negeri. Sekiranya undang-undang tidak dihormati hak adat mereka kepada tanah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka yang mana akan terbatal semata-mata kelemahan dalam Ordinan Tanah Sabah.
ReplyDeleteJika memang tafsiran undang-undang Ordinan Tanah Sabah perlu dibatalkan tanah NCR, PBS mencadangkan untuk pindaan satu undang-undang baru yang berkaitan untuk mengukuhkan peruntukan undang-undang bagi hak-hak masyarakat peribumi ke atas tanah NCR selepas tahun 1930.
ReplyDeletePemilik NCR dinasihat supaya tidak mudah terpedaya dengan dakwaan pembangkang bahawa mereka akan rugi sekiranya menyertai mana-mana projek pembangunan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Ini cumalah perangkap oleh pembangkang untuk menjatuhkan sokongan kerajaan daripada rakyat.
ReplyDeleteJangan dengan dengan apa yang pembangkang cuba katakan. Pembangkang selama ini menghasut rakyat agar menentang pelbagai projek pembangunan tanah NCR sedangkan usaha itu terbukti dapat memperkasa ekonomi masyarakat luar bandar.Kerajaan telah berusaha untuk membantu rakyat diluar bandar.
ReplyDeleteJika penduduk tidak berkerjasama dengan kerajaan maka sudah pasti akan menyebabkan pembangunan di Luar bandar akan terbantut daripada apa yang dirancang sebelum ini. Kerajaan tidak buat semua ini dengan suka-suka, tapi sebenarnya cuba untuk membantu rakyatnya.
ReplyDeletefikir hak dulu.. pembangunan atau kemajuan adalah tanggungjawab asas kerajaan memerintah tanpa mengira fahaman politik rakyat kerana duit peruntukan itu adalah hasil dari pungutan cukai kerajaan dari mereka... jika kerajaan memilih bulu maka pembayar cukai berhak untuk tidak membayar cukai.....
ReplyDelete