Thursday, 27 September 2012

JET MEWAH, ANWAR TAK SEDAR DIRI




Oleh : WAN HAFIZ WAN HAMZAH



KUALA LUMPUR  :  Gambar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam sebuah jet peribadi yang dikatakan beliau merupakan sumbangan dari seorang seorang rakan, sebenarnya sudah cukup untuk mendedahkan sikap sebenar Ketua Pembangkang Pakatan Pembangkang itu.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pendapat beliau dalam isu ini,  Anwar sebenarnya mahu memperlihatkan keyakinan kepada para pengikutnya, termasuklah ahli-ahli Parlimen bahawa dia kini sudah cukup kuat untuk mentadbir negara.

“Anwar ini kadang-kadang  tidak sedar, bahawa dia sendirilah yang mendedahkan siapa dirinya yang sebenar kepada masyarakat awam. Inilah Anwar.  Saya sendiri dah kenal dia lama. Saya tak nafikan dia memang orang kaya sejak dari dulu. Semasa bergerak aktif  di Yayasan Anda pun Anwar dilihat sebagai seorang lelaki yang mempunyai bercitarasa tinggi.

“Kalau dulu, beliau antara orang yang dianggap ada klas. Kalau pakai baju atau kot, semuanya nampak mahal dan hebat. Ketika di Yayasan Anda, dia memandu kereta Citroen. Namun,  bagi saya, standard yang ada pada dirinya itu tidak menggambarkan bahawa Anwar seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, seperti mana yang dianggap oleh para pengikutnya,” jelas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Menurutnya lagi, ketika Anwar sedang sibuk bercakap tentang keprihatinannya terhadap rakyat, tiba-tiba pula timbul pula gambar yang memperlihatkan beliau memiliki jet peribadi.

“Itu belum lagi jadi Perdana Menteri. Saya rasalah kalau dia jadi Perdana Menteri, mungkin setiap seorang dari kepimpinan Pakatan akan beli jet untuk kegunaan peribadi mereka. Selain itu, disebabkan sekarang ini dia banyak masalah, jadi Anwar nak beri keyakinan kepada para pengikutnya, bahawa dia kini sekarang kuat. Kemudian, dia ajaklah dua tiga orang-orang kuat dia naik jet.

“Itulah serba sedikit yang boleh saya ulas tentang Anwar. Saya tahu dia akan balas apa yang saya katakan ini. Nanti dia akan jawab, saya ni dengki lah, cemburu lah. Tapi saya tak kisah. Apa yang penting, saya tidak hipokrit seperti Anwar. Saya pun tidak sebut saya ini manusia yang sempurna, tetapi saya masih ada batasan dan tak buat perkara-perkara seperti yang Anwar buat,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Anwar akan menafikan segala apa yang didakwanya itu dalam ceramah-ceramahnya yang akan datang.

“Sebagai contoh sekarang ni saya tengok Anwar, benda yang dia buat, dia kata tak buat. Saya tak tolak kemungkinan akan datang, dia akan pergi berceramah di Kedah atau Kelantan, dan kata ada orang fitnah dia memilki  jet dan mengatakan itu semua fitnah. Padahal, memang betul dia naik jet.

“Nanti bila kita tunjuk gambar,  dia kata pula  gambar tu dah disuper impose, diubah. Dia boleh dan sanggup untuk lakukan perkara semacam  itu. Dia boleh putar belit macam-macam untuk bela dirinya. Ini stail Anwar. Dia boleh pegi nafi. Orang-orang kampung pun bukannya semua  tahu tentang perkara ni,” tegasnya. (MediaUMNO)


23 comments:

  1. Anwar ni memang hebat tapi tidak layak untuk menjadi PM.

    ReplyDelete
  2. Anwar said those interested in wanting further information on the aircraft can check with the Department of Civil Aviation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. However, now Tian Chua is giving contradict statement with Anwar.

      Delete
  3. So please be alert that even the opposition is not giving a good promise all the time.

    ReplyDelete
  4. Anwar is the worst manipulator ever.

    ReplyDelete
  5. This is so called PAKATAN. Full of lies.

    ReplyDelete
  6. Dari rakyat saja sama ada mahu sokong atau tidak si Anwar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang Sabah muncul untuk bergerak ke arah perpaduan, tetapi kerajaan Barisan Nasional mempunyai perpaduan yang masih teguh dalam PRU13 yang mesti diadakan sebelum April depan, walaupun pembelotan yang berlaku ramai yang beralih ke Pakatan Rakyat

      Delete
  7. Kita lihat sajalah next GE nanti apa yang akan berlaku:)

    ReplyDelete
  8. Darimana Anwar mendapat duit dan dana mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Benarkah Anwar ini didanakan oleh Soros. Isu yang kita dengar lagi yang mana Anwar ini antara individu yang bersatu dengan Yahudi.

    ReplyDelete
  10. Kurup, who is also Pensiangan MP, also called on his constituents not to be influenced by opposition claims.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah’s opposition front appears to be moving towards unity, but the ruling Barisan Nasional coalition seemingly still holds the upper hand in the 13th general election that must be called by next April, despite the recent defections to the Pakatan Rakyat

      Delete
    2. Umno and BN had undertaken various approaches to make the younger generation understand the real situation in the country so that they would not be easily influenced by the opposition.

      Delete
    3. LDP president Datuk VK Liew has slammed the opposition for constantly opposing the programme carried out by the Barisan Nasional government. Opposition should understand that what the BN is doing is for the good of the people and not a political gimmick

      Delete
  11. kalau anwar cakap jet itu percuma khas untuk beliau, boleh percaya ka?

    kenyataan terbaru Anwar lagi, dia mahu jet itu menjadi pengangkutan rasmi pemimpin2 pembangkang..

    ReplyDelete
  12. macam mana sekalipun Anwar nafikan, tetap ada udang disebalik batu.. macam kes lompat parti di sabah, kes jet ini pun tetap ada rundingan rahsia yang hanya Anwar dan pemilik jet saja yang tahu..

    ReplyDelete
  13. silap2 jet Anwar pun dibiayai oleh dana luar.. gagal tunaikan janji air percuma, tapi ada hati pula naik jet.. dia sendiri saja yang mewah..

    ReplyDelete
  14. nampak mewah sangat kehidupan anwar.. selain memiliki jet percuma, beliau juga membeli banglo bernilai RM6 juta di Segambut Dalam dan kereta pertama, MG Rover 3500cc bernilai ratusan ribu ringgit setelah dilepaskan dari penjara.

    ReplyDelete
  15. Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, adalah RM96,000... siapa la yang murah hati sangat bagi free rm96 ribu?

    ReplyDelete