KUALA LUMPUR : Timbalan
Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan belanjawan yang dibentangkan
pembangkang semalam adalah semata-mata untuk mendapatkan 'keuntungan politik'
dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata reaksi dan
komen pakar-pakar ekonomi menunjukkan bahawa belanjawan itu tidak realistik
kerana mengandungi banyak perkara yang ingin dihapuskan.
Apa yang ditawarkan dalam
belanjawan itu bukanlah perkara baru kerana sebahagiannya terkandung dalam
manifesto dan Buku Jingga.
Sebaliknya, kata Muhyiddin
rakyat sebenarnya menantikan Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok.
"Rakyat sedang
menunggu-nunggu esok. Jadi, itu yang lebih utama kerana pihak pembangkang tidak
mempunyai rasa tanggungjawab. Mereka boleh tawar bulan, bintang, matahari,
cakerawala tetapi mereka tidak mempunyai locus standi untuk buat begitu.
"Mereka cuma nak
menggambarkan inilah yang mereka akan tawarkan jika mereka menang pilihan raya.
Bagi mereka, yang penting ialah untuk mendapatkan political mileage.
"Mereka bukan kerajaan,
jadi mereka boleh buat apa-apa tawaran yang disebutkan dalam belanjawan
itu," katanya kepada pemberita selepas menutup Festival Bahasa dan Sastera
2012 di sini, Khamis.
Muhyiddin berkata demikian
ketika diminta mengulas belanjawan yang diumumkan Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim di Parlimen semalam, yang antara lain menggariskan beberapa
langkah yang kononnya boleh membantu rakyat termasuk menghapuskan pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau berkata pakar-pakar
ekonomi turut mempersoalkan asas-asas belanjawan pembangkang yang dilihat tidak
membolehkan negara berkembang berikutan berdepan banyak masalah.
"Tetapi kerajaan yang
dipimpin oleh Perdana Menteri mengambil kira semua perkara. Ada asas-asas dan
prinsip belanjawan yang bertunjangkan kepada keupayaan, menumpu dan menjurus
kepada perkara yang mampu dibekalkan oleh kerajaan berdasarkan kepada perkara
keutamaan dan dikehendaki rakyat.
"Ia juga mesti
merupakan satu belanjawan yang realistik, berasaskan kepada hasil sumber
negara, kawalan ke atas kewangan, menguruskan belanjawan secara berhemah. Ia
mesti juga mengambilkira usaha mengurangkan defisit...hal-hal sebegini yang
digunakan sebelum belanjawan itu dibentangkan oleh Perdana Menteri esok,"
katanya.
Muhyiddin berkata Belanjawan
Pembangkang yang menyatakan ia akan menghapuskan pinjaman PTPTN juga tidak
munasabah.
"Jika dihapuskan,
sumber mana yang hendak dicari untuk membiayai keperluan pelajar pada masa akan
datang, sedangkan penubuhan tabung pendidikan itu adalah bagi membantu pelajar
daripada keluarga yang tidak berkemampuan dengan jumlah peruntukan yang
disediakan lebih RM42 bilion, dan memberi manfaat kepada lebih sejuta pelajar.
"Jadi, mungkin bagi
mereka yang mendapat pinjaman mendengar tawaran yang dibuat itu agak menarik,
tetapi jika itu berlaku apa akan jadi kepada pelajar yang akan datang,"
katanya.
Jika itu berlaku, katanya
lebih ramai anak-anak Malaysia tidak mampu melanjutkan pelajaran ke universiti
berikutan tidak ada lagi tabung pendidikan diwujudkan.
Muhyiddin berkata jika
diteliti, belanjawan pembangkang sebenarnya boleh menjadi bebanan besar kepada
rakyat. (Bernama)
Maximus said the government's RM120m allocation to build an asphalt road and implement an Agropolitan programme to provide economic activities and development for the resettled 450 families at Gana, Kota Marudu, is a good example of promise delivered by BN.
ReplyDeleteThe families were from 10 villages scattered within and adjacent to the Lingkabau Forest Reserve who were relocated through the Gana resettlement and Integrated Development Project in 1997.
DeleteThe fiscal deficit is expected to be cut by RM2.3 billion to RM40 billion next year, thus putting the government on track towards the achievement of its longer term fiscal goals.
ReplyDeleteThe government estimates that the resilient 4.5 to 5.5 per cent growth of the Malays ian economy (RAM Economics’ estimate: 5.2 per cent) will continue to support fiscal revenues next year.
DeleteNotably, Budget 2013 reiterates the government’s commitment to its targeted fiscal deficit of 3 per cent of GDP by 2015, without breaching its current self-imposed public-debt limit of 55 per cent of GDP.
Deletebelanjawan pembangkang memang tidak realistik dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar kepada negara.
ReplyDeletebelanjawan pembangkang tak tau dibuatkan berdasarkan apa? jgn main rambang saja.
Deleterakyat haruslah bijak menilai...janji2 pembangkang tidak mungkin akan ditunaikan..
ReplyDeletejgn mudah trpedaya dgn pembangkang.
DeleteNampaknya tidak ada sokong untuk pembentangan bajet PR 2013 ini.
ReplyDeleteKami menanti bagaimana bujet ini dilaksanakan.
ReplyDeleteMuhyiddin berkata Belanjawan Pembangkang yang menyatakan ia akan menghapuskan pinjaman PTPTN juga tidak munasabah.
ReplyDeleteJika benar, siapa yang dimanfaatkan?
Semoga peruntukan yang mencukupi disalurkan untuk Sabah dalam projek pembangunan.
ReplyDeleteTawaran pembangkang memang menarik.
ReplyDeleteJika benar janji pembangkang ditunaikan, rasa urusan kewangan negara juga akan mengalami masalah.
ReplyDeleteCM said the State Government is committed in its plan to assist the more than 32,000 job seekers in Sabah obtain employment, since the government has implemented the Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).
ReplyDeleteSemoga skim ini dapat membantu golongan penganggur.
DeleteThe USS Stennis' historic visit to Sabah reflects very close US-Malaysia ties and an expanding relationship between the two navies
ReplyDeleteKK Mayor Abidin said RM600,000 has been set aside for a programme that will require food operators in the City to separate leftovers that will later be processed into fertilizer or compost.
ReplyDeletethe private sector should ensure that Sabah has available expertise to meet the present needs and also industry needs, and expressed confidence that the involvement of the private sector through its CSR in the SL1M programme would form potential canddiates as quality workers and capable to be guided according to the current employment market.
ReplyDeletethe government has agreed to provide double tax cut incentives to companies that participated in the programme, which will be given for 5 years starting June 1 2012 until Dec 31 2016.
ReplyDeleteTax reduction 1% akan memanfaatkan golongan majority.
ReplyDeleteRakyat harus bijak menilai sebab PRU semakin mendekati.
ReplyDeleteHarap tiada penyelewengan dalam pengurusan kewangan.
ReplyDeleteMusa berkata serangan berterusan oleh pembangkang kepada pemimpin BN Sabah tidak melemahkan gabungan itu
ReplyDeleteKM menasihati semua pemimpin parti komponen harus kekal bersatu dan bekerja bersama-sama untuk memperkukuhkan kekuatan UMNO BN.
DeleteKM juga menasihati rakyat supaya tidak mudah dipengaruhi oleh tuntutan pembangkang bahawa Sabah masih ketinggalan dalam pembangunan berbanding dengan negeri-negeri lain di negara ini
DeleteKM menasihati rakyat tidak mudah ditipu oleh janji-janji dan pembohongan pembangkang
DeleteBekas PM Dr Mahathir Mohammad berkata kemungkinan pembangkang akan menggunakan demonstrasi ganas untuk memenangi pilihan raya umum ke-13
ReplyDeleteSince we are talking about the opposition, here's an interesting finding related to the opposition so-called 'alternative budget'. The opposition coalition's budget failed to prioritise education and lacked provisions on allocation for academic matters, said Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi. Puad said he was not impressed with the plans as they did not contain anything concrete on education."The opposition promised a RM500 one-off payment to teachers but the government's 2013 Budget includes half-month bonus payments.
ReplyDeleteEven during debates in Parliament, the opposition failed to address matters related to education. He said the 2013 Budget was on the right track and more convincing."If they are serious, I challenge them to present an education blueprint as what the government had done with the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 Preliminary Report." He also criticised the opposition for their alleged list of shadow cabinet, which suggested former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin as a potential education minister."I am not sure about the veracity of the list, but I remember during Parliamentary proceedings that Nizar never said anything in relation to education issues."In fact, he never said anything in Parliament and yet he is to be the education minister," he said after handing out RM100 contributions to 942 orphaned students from 47 schools here.
ReplyDelete