MUNGKIN ramai antara kita
yang tidak tahu betapa SABAH, satu-satunya negeri yang mempunyai banyak Ketam
Kelapa. Malah ramai juga tidak tahu ketam ini tersangatlah sedap.
Anehnya, Ketam ini hanya
naik ke darat untuk memanjat pokok Kelapa dan menjatuhkannya ke bawah sebelum
dan mengupas buahnya dengan sepitnya yang kuat. Ketam ini tidak pernah mengupas
buah kelapa di atas pokok.
Ketam ini biasanya hidup
berhampiran kawasan yang berlubang dan berair tidak jauh dari kawasan yang
berpokok kelapa tapi banyak juga spesis yang hampir sama ditemui di sekitar 100
meter di antara laut dan daratan.
Kelapa bukanlah satu-satunya
makanannya walaupun ia seperti makanan ruji dan kegemaran utama ketam yang
dikenali oleh orang Inggeris sebagai Robber Crab. Digelar demikian kerana sifatnya
yang biasanya seperti pencuri memanjat pokok kelapa senyap-senyap di waktu
malam semasa tiada aktiviti di sekitarnya.
Ketam ini dikenali di
Indonesia sebagai 'Ketam Kenari' dan biasanya ditemui di Pulau Talaud, Sulawesi
dan beberapa tempat lain. Di Malaysia secara eksklusif, hanya ada di dua tempat
iaitu Pulau Sipadan dan Pulau Kapalai; kedua-duanya di daerah Tawau/Semporna.
Melihat kepada bentuknya, bagi
yang tidak tahu, mungkin akan merasa seram dan geli. Tetapi mereka yang sudah
merasa tidak, mungkin akan melupakan rasanya kerana memang seperti Ketam, tetapi
lebih 'juicy' dan penuh padat dengan daging putih yang tebal.
Dikatakan harganya sekarang
sangat mahal. Jika di restoran biasa, ia mungkin sukar ditemui kerana Ketam ini
haiwan terlindung. Dikatakan harganya mencecah RM300 sekilo; namun jika anda melancong
ke dua pulau berkenaan; begitu mudah akan menemuinya.
Ketam ini tidaklah ganas
atau menyerang manusia atau binatang apapun juga walaupun panjangnya boleh
mencecah satu meter. Ketam ini lebih mencintai Kelapa dan tidak akan peduli
anda walaupun anda berhampirannya.
Makanan lain Ketam ini
adalah ketam-ketam kecil, buah pandan, burung-burung kecil termasuk juga kulit
kayu yang sudah mati. Ketam ini juga boleh dijadikan PET atau binatang
peliharaan kerana penjagaannya yang mudah dan tidak ganas. Malah Ketam ini yang
sering menjadi mangsa binatang lain selain manusia seperti makanan babi hutan,
burung-burung yang lebih besar seperti helang, biawak dan sebagainya.
Namun manusialah ancaman
sebenar. Kepada peminat Ketam. Anda tidak sah selagi belum merasa Ketam Kelapa kerana
rasanya yang 'super duper delicious'. Datanglah ke Sabah dn lawatlah Pulau
Sipadan dan Kapalai keran Ketam ini banyak dan mudah ditemui. Ada yang
mengatakan Ketam ini juga ditemui di beberapa pulau sekitar Pantai Timur yang
rimbun dengan pohon Kelapa. Selamat Mencuba!
Sabah memang unik dan keunikan inilah yang jadi daya tarikan pelancong luar dan dalam negeri.
ReplyDeleteBaru pertama kali mengetahui tentang ketam ini. Harap dapat melihatnya suatu hari nanti.
ReplyDeleteIni nampaknya dapat menjadikan tarikkan untuk Sabah lagi.
ReplyDeletetak sangka ketam ini begitu mahal..pasti untung jika buat peniagaan jual ketam ni.
ReplyDeleteSabah Fisheries Department has identified fly fishing, linked to the tagal system of river fish conservation, as a new tourism product to boost the economic well-being of the state. Jephrin Z Wong, deputy director of the department, disclosed this at the closing ceremony of a two-day training course for a group of 29 fly fishing enthusiasts at Kampung Babagon Bawah in the Penampang District.The training, conducted by Mohd Amin Rahmat, a well known fly fishing expert from Singapore, was organized by the department to help Sabah enthusiasts in the hobby improve their casting skills.
ReplyDeleteThe majority of participants came from a local club known as ‘Gerbang Caster Sabah’ (GCS) that has a membership of around 150 drawn from various parts of the state.“If they are good in casting (the fishing line) in fly fishing, then they would stand a better chance to catch a fish,” Wong explained.He said the objective of this and subsequent training courses is to train local fly fishing youth to become guides for tourists who come for fly fishing in river tagal sites that presently number 477 spread throughout Sabah.
DeleteBy next year, he said, the number of river tagal sites would increase and break the 500 mark, adding that many such sites along rivers in Sabah are suitable for fly fishing.Wong said this is the contribution that the Fisheries Department is making to eco-tourism in particular and to the overall economic growth of the state in general.He believed this new tourism product linked to the tagal system would also result in the creation of jobs for youth from communities where tagal sites are located.
Delete“We are working closely with the committees of local tagal sites to ensure that this creation of job opportunities shall become a reality,” he said.
“This is a new aspect of tagal system, promoting angling tourism, targeting specially at fly fishing for professionals and the potential is great. That is why we have this plan to train local youth from tagal sites to serve as guides.”According to him, Sabah is in a much better position for this niche for the tourism industry compared with other states in the country since there are many suitable sites for fly fishing linked with the tagal sytem.An important requirement, as in fishing sport elsewhere in the world, is that it has to be on a “catch and release” basis, he stressed.
DeleteThe reason for having trained guides from the local communities of tagal sites concerned was to ensure that no tagal rules and regulations were broken by such fly fishing visitors, he said.Mohd Amin, the trainer from Singapore who is better known as Pak Amin, noted that fly fishing professionals from around the globe would “go crazy” with the chance to fish for species like pelian and black bass, also known as ikan kanai, at tagal sites along Sabah rivers.He said such species are found only in Papua New Guinea and the Borneo Island.“Because of these rare species, they will come and would be very surprised that within a matter of a 20-minute drive, they could get to such a fly fishing site here in Sabah,” said Pak Amin who has visited many fly fishing destinations around the world, including those in New Mexico, USA and in Mongolia.
Deletebaru-baru ni ditemui lagi coconut crab di pulau selakan semporna sabah .hehe.. nak share cerita coconut crab ni ya...
ReplyDeleteHalal lah kiranya kan?
ReplyDeleteselalu tgk dlm korean tv show Law of the jungle byk dorg jumpe dlm hutan ketam ni besaq gler.macam best je depa makan sabor je hakak tgk.^^
ReplyDeleteselalu tgk dlm korean tv show Law of the jungle byk dorg jumpe dlm hutan ketam ni besaq gler.macam best je depa makan sabor je hakak tgk.^^
ReplyDeleteUntuk pengetahuan kelapa adalah tidak halal dimakan kerana ianya dikategori sebagai haiwan dua Alam, ianya bermula sebagai larva di laut dan naik kedarat selapas dewasa dan ianya tidak seperti Ketam nipah , Ketam kelapa langsung Tak boleh berenang setelah dewasa dan mungkin mati lemas jika di letakkan di laut jadi diklasifikasi sebagai dua alam dan haram dimakan.
ReplyDeletehalal.. sila rujuk web mawip
DeleteTerima Kasih atas Penjelasan namun boleh saya dapatkan sumber sebagai rujukan
ReplyDeletehttps://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4290-irsyad-al-fatwa-siri-ke-446-hukum-makan-ketam-kelapa
ReplyDelete