Oleh : NEWMOND TIBIN
TUARAN : Persatuan Kebajikan
dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mencadangkan supaya kerajaan
Sabah menarik balik pemansuhan Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS) yang berkuat
kuasa pada awal tahun 1990an.
Naib Presiden Pekadin, Luis
Lidong berkata sudah sampai masanya kerajaan negeri menimbang semula perkara
itu dengan mengambil kira kedudukan kewangan negeri yang kini kukuh.
Beliau berkata ARNS yang
dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Tun Mustapha diberikan kepada warga
Sabah yang berumur 21 tahun dan ke atas, dan jumlah bayaran terakhir yang
diberikan kepada mereka yang layak ialah RM200.
"Pekadin melihat
pemberian Amanah Rakyat Negeri Sabah Amanah sebagai sesuatu yang boleh
menyentuh perasaan rakyat Sabah tanpa mengira kaum, bangsa dan agama terutama
sekali dalam soal kebajikan."
"Jelas sekali, kos sara
hidup di Sabah sekarang agak tinggi berbanding dengan kos sara hidup pada zaman
pemerintahan USNO (dari 1967 hingga 1976). Jadi wang daripada saham ini mungkin
boleh sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat terutama yang tinggal
di luar bandar dan juga menanggung kos persekolahan anak-anak mereka yang
berkeluarga menjelang sesi persekolahan awal tahun depan," katanya kepada
Bernama di sini Rabu.
Sehubungan itu, Pekadin
berharap Belanjawan Negeri Sabah 2013 yang dijangka dibentangkan pada
penghujung tahun ini akan mengambil kira gesaan untuk meneruskan pembayaran
ARNS.
"Oleh kerana Amanah
Rakyat Negeri Sabah ini pernah diberikan atau dimulakan lebih 40 tahun yang
lepas, harapan rakyat Sabah kini tinggi menggunung untuk melihat pembayaran
ARNS ini sekurang-kurangnya disambung semula...kalau pun tiada pembayaran tunggakan,"
katanya.
Luis yakin kerajaan Sabah di
bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman boleh melakukan yang
terbaik untuk rakyat Sabah, termasuk masyarakat Kadazandusun Murut, sejajar
dengan aspirasi gagasan 1Malaysia yang antara lain mengutamakan kebajikan
rakyat.
Semalam, Ketua Audit Negara
Tan Sri Ambrin Buang dipetik sebagai berkata bahawa Sabah merupakan antara
negeri yang mempunyai rekod pengurusan kewangan yang cemerlang.
Amrin berkata pengurusan
kewangan negeri semakin meningkat sejak beberapa tahun lepas berikutan kepekaan
jabatan dan agensi kerajaan negeri terhadap tuntutan dasar tadbir urus kewangan.
(Bernama)
If ARNS activated back, make sure only genuine Sabahans get the help.
ReplyDeleteApa pun perkara ini perlu dikaji semula. Mungkin ada benarnya perkara ini perlu diteruskan lagi.
ReplyDeletelebih baik jika ia diteruskan, ia akan membantu penduduk.
DeleteItulah yang kita mahu Farah Zehra, memastikan yang mana hanya orang tulen SAbah saja yang layak mendapat dan jangan sampai diberikan kepada mereka yang Sabahan palsu.
ReplyDeletesaya tidak tahu apa ini ARNS.. anyway, jika baik untuk rakyat, ia patut dihidupkan semula.. jika tidak, baik jangan dilaksanakan..
ReplyDelete