LELONG....Laman
Web Yantra mempamerkan lelongan dara milik pelajar berusia 21 tahun yang hanya
mahu dikenali sebagai Noelle.
AMSTERDAM, Belanda : Seorang
pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle
menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di
internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dua bulan membuat
lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju
untuk membeli dara pada harga tersebut. Dia melelong daranya di laman gadis
teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.
Gadis itu tidak mahu namanya
didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut. Pembeli
itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang
menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara
daripada doktor.
Namun, syarat melakukan
hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.
Pembeli itu juga dibenarkan
memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam. Harga
permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806). (MyTabloid -Agensi)
No comments:
Post a Comment