Wednesday 30 January 2013

AZIZAH TEMUI MASYARAKAT CINA BEAUFORT





WALK ABOUT .....Azizah Dan Isnin Bersama Pemimpin Parti Kompenan Barisan Nasional (BN) Beaufort Pada Program Walk About Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Di Pekan Beaufort.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, datuk Azizah Mohd Dun dan Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih turun padang menemui masyarakat dan peniaga di Pekan Beaufort dalam Program 'Walk About' sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2013, kelmarin.

Dalam program itu Azizah dan Isnin menyampaikan kad ucapan Gong Xi Fa Chai dan Angpau kepada peniaga Cina di sini.

Azizah yang ditemui pada program itu berkata program itu sudah menjadi tradisi dalam setiap perayaan yang kini disambut bersama oleh semua kaum di negeri ini.



ANGPAU.....  Azizah menyampaikan kad ucapan dan angpau Tahun Baru Cina kepada seorang peniaga.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias memberitahu program itu membuktikan kebersamaan pemimpin dan semua penduduk meraikan setiap perayaan di negara ini selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita melaksanakan program ini setiap tahun dan ianya sudah menjadi tradisi yang semestinya diteruskan. Program seperti ini juga telah menjadi salah satu wadah dalam usaha kita mempertahankan semangat perpaduan yang telah lama terjalin di antara penduduk berbilang kaum di negara ini yang dapat hidup dalam keadaan harmoni.

"Justeru sebagai rakyat yang sayangkan negara saya menyeru semua penduduk agar sama-sama menjaga kesejahteraan negara,” katanya sambil merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat negara ini khasnya masyarakat Cina.


No comments:

Post a Comment