Wednesday 30 January 2013

CALON BN MENANG DENGAN MAJORITI BESAR?






Saudara Pengarang,

SAYA amat terkilan sekali apabila membaca artikel Mohd Danial Adullah,  pada 25 Januari 2013, yang berbunyi andainya tiada apa-apa tindakan susulan dari pendedahan RCI ini, maka sekurang-kurangnya 5 orang Ahli Kabinet Negeri Sabah pasti akan tumbang di tangan rakyat Sabah.

Antara yang bakal kecundang ialah Datuk Joseph Pairin Kitingan, Datuk Dr Yee Moh Chai, Datuk Raymond Tan, Datuk Peter Pang dan Datuk Ewon Ebin.

Mungkin Danial baru masuk politik atau setakat mahu buat kenyataan ala pasar atau ala kedai kopi, yang selalu didengar cerita-cerita politik murahan asalkan dapat segelas kopi.

Kalau RCI ditubuhkan oleh kerajaan BN, apa kena-megena dengan masalah isu melibatkan Datuk Peter Pang En Yin, ADUN N44 Karamunting. Mungkin Danial beranggapan kawasan N44 Karamunting ini ramai PATI?

Jika begitu anggapan Danial, saya persilakan beliau menjadi pemerhati dari luar yang ditaja oleh pihak pembangkang dan saya jemput Danial dan keluarga sekali untuk memantau kawasan DUN N44 Karamunting.

Datuk Peter Pang En Yin pemimpin yang disukai oleh masyarakat bumiputera Kg. Air, Kg. Bokara, Kg. Sheng Kee, Kg. Gelam, Kg. Karamunting  yang pengundi-pengundinya menyokong 100% kepimpinan beliau.

Saya memberi jaminan dan kepastian kepada Barisan Nasional terutama kepada Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Pengerusi BN Malaysia dan juga kepada Datu Seri Musa Hj. Aman, Pengerusi BN Negeri Sabah, bahawa Datuk Peter Pang En Yin bakal memberi 1 kerusi ADUN dan akan memberi 1 kerusi Parlimen.

Kami rakyat dalam kawasan DUN N44 Karamunting sudah melalui kerajaan atau kepimpinan sejak dari pemerintahan parti BERJAYA, PBS dan BN. Dalam penilaian kami tiada seorang pemimpin yang sebaik dan terbaik seperti Datuk Peter Pang en Yin, yang megambil berat hal ehwal rakyatnya dan membangunkan prasarana dalam kampung bumiputera dalam kawasan DUN N44 Karamunting.

Kalaulah ada individu menyenaraikan Datuk Peter Pang En Yin, ADUN N44 Karamunting salah seorang yang bakal kecundang, bererti individu tersebut baru belajar berpolitik dan golongan orang yang tidak tahu apa-apa (KOSONG).

Kalaulah orang seperti ini diletak sebagai pemerhati politik oleh pihak pembangkang, lebih baik simpan duit  untuk belanja PRU13 dan  pihak pembangkang tersalah meletak orang yang tidak tahu apa-apa.

Nampaknya pembangkang ini kuat berkempen melalui alam maya dan di dada-dada akhbar  sahaja tetapi kalau kamu mahu mencuba melawan Datuk Peter Pang En Yin dipersilakan.

Jika pembangkang 'Tidak Dapat Berkokok' Di Kawasan N44 Karamunting. Jangan salahkan pengundi yang bijak dan pintar.     

Salam Hormat,

JAFAR MUSTAFAH

No comments:

Post a Comment