Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
NAIB Presiden PAS, Datuk
Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk
menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.
"Saya bimbang kad
pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing
yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam
sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Beliau mendakwa beliau
dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan
pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di
seluruh negara.
Beliau mendakwa surat
bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang
tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.
Mahfuz yang membacakan
kandungan surat berkenaan berkata, kad pengenalan dan Mykid tersebut diarahkan
untuk dihantar ke situ kerana juruaudit terbabit didakwa berada di lokasi
tersebut untuk mengemaskini status dokumen berkenaan.
Dalam sidang medianya hari
ini, Mahfuz juga mendakwa surat berkenaan juga menyebut bahawa dokumen
berkenaan seterusnya akan dihantar ke JPN Putrajaya.
"Saya nak tahu sejauh
mana dan berapa jumlah kad pengenalan yang tidak dituntut ini. Kerajaan perlu
umumkan kerana mereka sudah pun kumpul (kad pengenalan dan Mykid).
"Saya juga nak minta
penjelasan bila dan di mana ia dilupuskan," kata MP Pokok Sena itu lagi. PAS
bimbang warga asing guna IC tidak dituntut.
No comments:
Post a Comment