Wednesday 30 January 2013

PRASARANA ASRAMA SMK TELUPID AMAT DAIF







TELUPID: Prasarana asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid yang dalam daif memerlukan perhatian segera daripada Kementerian Pelajaran.

Gesaan dibuat oleh Anggota Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, selepas melawat sendiri asrama terbabit kelmarin dan mendengar sendiri luahan daripada pelajar serta guru di sekolah itu.

Beliau berkata, masalah yang dialami pelajar yang tinggal di asrama SMK Telupid iaitu kekurangan prasarana kelengkapan seperti kekurangan katil yang menyebabkan ada pelajar yang tidur di lantai beralaskan tilam.

Katanya, kemudahan lain seperti almari, tilam dan bangunan asrama juga dalam keadaan daif.

”Saya meminta Kementerian Pelajaran memberikan perhatian serius untuk menangani segera masalah ini yang amat menyulitkan situasi pembelajaran pelajar yang tinggal di asrama itu.

”Rungutan ibu bapa pelajar ini harus diambil perhatian kerana kalau tidak ditangani ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum nanti,” katanya.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata asrama di sekolah amat diperlukan kerana ramai pelajar di situ berasal dari kawasan kampung terletak jauh dari Telupid dan Tongod.

Katanya, kemudahan asrama membolehkan mereka dapat menumpukan pelajaran di sekolah dan meringankan beban keluarga mereka yang rata-rata mereka berlatar belakangkan keluarga miskin.

Menurutnya, beliau juga akan berusaha mengemukakan masalah asrama SMK Telupid kepada Kementerian Pelajaran di peringkat menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu beliau menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada pelajar di SMK Telupid.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Datuk Seri Panglima Michael Asang. (NST)

No comments:

Post a Comment