Wednesday 30 January 2013

MALAYSIAN INSIDER DIKECAM WARGA MAYA






Artikel Malaysian Insider semalam yang bertajuk 'NRD Man Got RM1M For Letting Immigrants Vote, RCI Told' mendapat kecaman dari warga maya seperti Twitter dan Facebook sejurus selepas artikel itu dikeluarkan.


Ini kerana tajuk artikel tersebut yang berniat jahat dan tidak benar kerana, berdasarkan dari keterangan saksi ke-34 kemarin, DSP Badarudin Ismail dari Special Branch langsung tiada menyebut perkataan ‘Untuk Mengundi’ apabila ditanya tentang mengenai kegiatan bekas tahanan ISA Ramli Kamarudin.

Ramli Kamarudin yang merupakan bekas Ketua Pengarah JPN pada 1993-1995 mengaku semasa ditemubual oleh DSP Badarudin dalam tahanan, yang beliau mengutip sebanyak RM250 bagi setiap resit kad pengenalan yang dikeluarkan kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan lain-lain atas faktor wang dan keuntungan.

Namun beliau langsung tidak ada menyebut resit itu dikeluarkan untuk pendatang haram ini MENGUNDI. Warga maya yang turut mengikuti inkuiri awam ini tampak terkilan dengan artikel tersebut kerana seolah cuba memperbodohkan orang ramai, lantas menyuarakan tanda protes mereka melalui Hashtag Twitter #RCISabah yang boleh diakses oleh semua pihak.

Protes juga dapat dilihat melalui komen-komen media social Facebook melalui akaun peribadi sendiri, page dan group dalam Facebook seperti 1Suara Lahad Datu, Kopitiam FB, Sabah New Hope dan UMB sabah yang rata-rata terkilan dengan artikel MISLEADING Malaysian Insider ini.

Salam Hormat,

ANTI PEMBOHONGAN

No comments:

Post a Comment