Wednesday 30 January 2013

WASATIYYAH PROAKTIF WUJUD PERPADUAN





         
BAKAT PENJARING...Dato Sri Nasir (kiri) menunjukkan bakat membuat tendangan menguji ketangkasan penjaga gawang pasukan futsal sempena pertandingan itu di Tami-Tampi, Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN              

SEMPORNA: Menteri DiJabatan Ketua Menteri  Sabah, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, menyarankan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat kampung sentiasa mengamalkan sikap Wasatiyyah serta proaktif merapatkan hubungan silaturrahim serta perpaduan sesama kaum sebagai pemangkin kea rah keharmonian hidup bermasyarakat.

Katanya, wasatiyyah adalah nilai yang universal dan praktikal lagi relevan dalam pelbagai aspek kehidupan dari kefahaman agama sehinggalah kepada hubungan individu dengan masyarakat yang mencakupi aspek pengurusan serta pentadbiran juga termasuk dalam hal menjalin hubungan antara kaum.

Sehubungan itu mereka juga perlu bijak menggunakan pelbagai medium  seperti sukan dan seni kebudayaan bagi mengwujudkan perpaduan sambil memberikan perhatian terhadap golongan muda yang memerlukan bimbingan serta kasih sayang.

Nasir berkata, tanpa perasaan kasih sayang dan perpaduan kaum sudah pasti akan menyukarkan sesebuah masyarakat itu hidup dalam rukun dan damai.

Selain itu katanya, rakyat juga hendaklah sentiasa memberikan kerjasama yang erat kepada pemimpin-pemimpin mereka untuk kemajuansesebuah kampung.

Nasir berkata demikian sempena menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin dan Pertandingan sukan Futsal anjuran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Zon Tampi-Tampi di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Ketua PDM Zon tampi-Tampi, Haji Abdul Razak Tun Sakaran; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Ketua Kampung Tampi-Tampi, Panglima Habibun Haharadja Gousal; Panglima  Nurillah; Panglima Kaltun serta AJK PDM Zon Tampi-Tampi.

Sempena majlis itu pelbagai acara sukan di adakan termasuklah pertandingan futsal, pertandingan tarik tali lelaki dan wanita serta  persembahan tarian tradisi.

Sebanyak lebih dua puluh pasukan futsal sekitar PDM Zon Tampi-Tampi mengambil bahagian dan hadiah pemenang disampaikan pada sebelah malam sempena pertandingan tarian kebudayaan Igal-Igal.

No comments:

Post a Comment