SURUHANJAYA Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menjadi sumber kebocoran keputusan saringan
awal bakal calon pilihan raya.
Ia mengulas laporan akhbar
Sinar Harian semalam, yang memetik sumber-sumber, bahawa dua menteri, seorang
menteri besar dan seorang ketua menteri gagal dalam saringan SPRM.
Parti yang mereka wakili
tidak dinyatakan tetapi dikatakan calon BN kerana Pakatan Rakyat enggan
mengemukakan senarai calon mereka untuk disaring SPRM.
Berita Harian melaporkan
bahawa SPRM menegaskan bahawa saringan mana-mana calon termasuk menteri besar,
ketua menteri atau kepimpinan tertinggi parti-parti, tidak pernah didedahkan
kepada sesiapa kecuali parti-parti yang meminta saringan tersebut dibuat.
Suruhanjaya itu juga menolak
dakwaan keputusan saringan tersebut, dengan menyatakan bahawa proses itu masih
berterusan, lapor akhbar tersebut.
SPRM menambah bahawa
keputusan saringan itu tidak terikat di segi undang-undang dan terserah kepada
parti-parti politik untuk memilih calon mereka berdasarkan hasil saringan
tersebut.
No comments:
Post a Comment