HULUR
BANTUAN....Saddi menghulur bantuan kepada salah orang kanak Istimewa.
Oleh : SAIMON S JUMADI
SUKAU: Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, mengajak masyarakat Islam agar
mencontohi amalan hidup Nabi Muhammad SAW yang bersikap sederhana tetapi
sumbangannya terhadap agama tidak ternilai.
Menurut beliau, sikap
kesederhanaan Baginda turut membaiki imej Islam sekali gus menjadikan ummah
contoh terbaik sejak berkurun lamanya.
Beliau berkata, sambutan
Maulidur Rasul pada tahun ini dengan memilih tema 'Wasatiyyah Tonggak Perpaduan
Ummah' amat bertepatan dengan usaha kerajaan mencontohi sikap seimbang yang
dipratikkan Baginda.
Katanya, umat Islam perlu
berpegang dan mencontohi sikap Baginda yang bukan sahaja menyumbang kepada
agama malahan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan sesama ummah ketika berdepan
dengan cabaran era globalisasi.
"Sikap sederhana
Baginda Nabi Muhammad menjadi pencetus untuk kita sebagai umat Islam mengamalkan
amalan hidup sedemikian demi menjadikan Islam terus menjadi contoh
terbaik," jelasnya.
Saddi berkata demikian
ketika berucap pada Sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2013M Bersama Kanak-Kanak
Istimewa yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Permuafakaran Jiran Wanita Daerah
Kinabatangan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
baru-baru ini.
Pada majlis itu seramai 12
orang kanak-kanak istimewa sekitar kawasan Kinabatangan telah menerima
sumbangan daripada beliau.
Adun Sukau itu menegaskan
umat Islam khususnya di kawasan ini perlu bersatu padu sambil mengamalkan hidup
wasatiyyah memandangkan nilai-nilai kesederhanaan ini menjadikan ummah menjadi
matang serta kuat menghadapi cabaran mendatang..
Beliau turut mengingatkan
masyarakat Sukau agar berhati-hati dalam memilih pemimpin dan tidak mudah
terpedaya dengan individu yang suka cakap kosong akhirnya tidak memberi
kebaikan kepada rakyat.
Katanya, sikap seperti ini
hanya bagi individu yang muncul bila tibanya musim pilihan raya dan mengambil
kesempatan dengan memutarbelitkan sesuatu fakta semata-mata untuk kepentingan
politik.
"Kita kena pilih
pemimpin yang ada wawasan jauh dan bukan mereka-mereka yang suka berjanji
kosong termasuk sanggup mempersendakan maruah.
"Tetapi pemimpin
Barisan Nasional (BN) hari ini telah terbukti sentiasa berusaha bagi membantu
dan meningkatkan taraf hidup rakyat menerusi pelbagai pendekatan yang
dilaksanakan.
"Oleh itu, menjelang
Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pastikan kemenangan mutlak memihak kepada BN
khususnya di kawasan ini demi kesinambungan pembangunan dan masa depan yang
lebih baik," jelasnya.
No comments:
Post a Comment