Wednesday 30 January 2013

SALLEH: UMNO SABAH TAK TERLIBAT





         
Oleh :  GARY LOUIS SUPI 

TIMBALAN Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said dilaporkan berkata bahawa Umno negeri itu tidak terlibat langsung dalam pengeluaran IC kepada rakyat asing yang didakwa sesetengah pihak sebagai usaha mengubah demografi Sabah yang menguntungkan  parti itu.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam temuramah dengan  lamanweb Sabahkinitv yang setakat ini menyiarkankan berita-berita mengenai pembangkang dan BN.

Dalam temuramah tersebut, Mohd Salleh berkata sokongan padu sebaliknya harus diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari punca sebenar masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah.

Salleh turut menegaskan bahawa, Umno Sabah tidak terlibat langsung dalam soal pengeluaran kad pengenalan ini kerana tidak mahu menjadi penghianat kepada negara.

"Itulah sebabnya kita tidak ragu-ragu untuk menyokong penubuhan RCI ini kerana kita telus dalam hal sedemikian.

"Kalau ada  individu-individu yang terlibat dalam soal seperti ini, kita anggap mereka sebagai pengkhianat kepada negara dan hukuman yang sewajarnya haruslah diambil.

"Kita yakin dengan penubuhan RCI. Ia mampu untuk mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan mengenai dengan punca PTI ini, dan sudah tentulah RCI mengambil masa untuk mengkaji semua laporan dan kenyataan yang dikemukakan untuk  disyorkan kepada kerajaan," katanya dalam temuramah tersebut.

Mohd Salleh berkata, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk mendapat kad  pengenalan biru dan hak untuk mengundi.

Prinsip ini, tegasnya, dipegang oleh semua pihak di Sabah tanpa mengira parti politik. (MKINI)

No comments:

Post a Comment