Tuesday 29 January 2013

KUARI HARAM SG PEGALAN BATU 90






KOLAM....Ho menunjukkan satu daripada empat petak kolamnya yang sedang dalam pembinaan.

 Oleh: JACOB BALANG

TENOM: Seorang penduduk Ho Kon Yit, 36, tinggal di Kg Batu 90 kira-kira 5 kilometer dari pekan di sini terkilan dengan kelibat pihak berkuasa yang menuduhnya sebagai punca berlakunya hakisan di Sungai Pegalan kerana kononnya beliau mengorek sungai itu untuk mengambil batu pasir secara haram.


Malahan pihak pihak tertentu menerima maklumat daripada seorang pengusaha kuari haram yang juga beroperasi di sungai terbabit tanpa usul periksa kesahihan laporan itu, sedangkan beliau sekadar mengorek tanah yang bergeran atas miliknya untuk kerja kerja membina kolam menternak ikan air tawar.


Lagi pun, tegas Ho, jarak antara sungai Pegalan dengan lokasi kebunnya kira kira 200 meter dimana tidak sepadan langsung dengan tuduhan kononnya beliau mengorek sungai untuk mencuri pasir, sedangkan tanahnya sendiri yang beliau korek juga mempunyai batu pasir.


“Disebabkan itu, menyebabkan saya didatangi beberapa pegawai dan kakitangan dari agensi agensi kerajaan seperti SPRM, Pejabat Tanah, Jabatan Alam Sekitar Sabah untuk melihat kerja kerja yang saya buat (dan)...ternyata tiada kegiatan mencuri pasir seperti yang dilapor orang tertentu.


“Saya minta keadilan daripada pihak pihak tertentu dalam kerajaan agar meneliti dan menyiasat dengan terperinci setiap laporan yang mereka terima kerana selepas kedatangan mereka memeriksa disini...saya tergendala berbulan bulan untuk menyambung semula kerja kerja ini sebelum menerima arahan mereka.




TUDUHAN.....Hakisan tebing Sungai Pegalan yang dikaitkan dengan pembinaan kolan ikan Ho.





PASIR.... Mesin 'ponton' (dredging machine) menghisap pasir ke darat oleh pengusaha kuari haram.

“Saya hairan sangat, apa sebab pengusaha kuari haram disebelah tidak ada tindakan dibuat keatasnya oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Parit dan Saliran kerana meletakkan mesin pantun (sand dredging) untuk menghisap batu pasir ke daratan,” tegas Ho yang kesal kerana kerja kerjanya sering terganggu.


Sehubungan itu, Ho meminta ehsan daraipada Pengarah Jabatan Tanah Sabah supaya turun padang untuk memeriksa keadaan yang sebenar berhubung masalah yang dihadapinya termasuk menentukan punca sebenar menyebabkan hakisan serius berlaku ke atas Sungai Pegalan pada ketika ini.


Tambahnya, beliau tidak mahu dipersalahkan didalam perkara tersebut sehingga kerja kerjanya sering tergendala kerana gara gara maklumat salah yang diterima pihak tertentu dalam kerajaan lantas beliau menjadi sasaran sambil mendakwa kini beliau kerugian lebih RM20 ribu hanya kerana masalah gangguan terhadapnya.

No comments:

Post a Comment