OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI : Ketua PAS Kawasan Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah menyarankan Umat Islam di daerah Sandakan yang telah ketelanjuran menjadi pelanggan tetap di Old Town White Coffee House (OTWCH) supaya segera berhenti makan minum di restoran tersebut yang kini disahkan ada menjual babi.
“Kita sedia maklum bahawa semua jenis makanan yang dimasak oleh tukang masaknya menggunakan periuk, belanga dan kuali yang sama digunakan untuk memasak makanan babi untuk hidangan dan santapan paling lazat khusus untuk orang-orang Islam yang memasuki atau berkunjung ke restoran berkenaan” jelas Hj Hamzah ketika diminta mengulas di beberapa kenyataan media berhubung isu OTWCH yang didakwa menjual Babi sebagai menu utama.
Kita tidak tahu jelas Hj Hamzah lagi, sama ada umat Islam yang selama ini menjadi pelanggan tetap telah menyedari bahawa OTWCH itu ada menjual babi kerana kelazatan makan makanan yang bercampur gaul babi.
“Maka, Umat Islam yang telah menjadi pelanggan tetap OTWCH langsung tidak mengendahkan dan tidak menyedari bahawa makanan yang mereka pesan seperti konlow men, mee goreng, nasi ayam dan sup adalah dimasak di tempat dan bekas yang sama di tempat masakan babi” ujarnya.
“Saya harap para pelanggan yang terdiri daripada konglomerat (tycon) yang sudah ketelanjuran termakan babi agar mereka segera berhenti dan bertaubat. Jangan kerana mahu menjaga mertabat dan status orang kaya sehingga mengabaikan melupakan diri mereka siapa mereka sebenarnya tanggungjawab sebagai hamba Allah (Umat Islam)” katanya.
“Sebagai hamba Allah saya amat terkilan melihat orang-orang Islam didaerah ini mereka terang-terang mengetahui bahawa OTWCH ada menjual babi mereka masih meneruskan jadi pelanggannya adakah orang-orang yang bersifat sedemikian tergolongan daripada orang-orang munafik atau kafir laknat,”ujarnya lagi.
Memang benar kalau orang-orang sudah ketagihan makan babi walaupun mereka itu adalah orang-orang Islam, teramatlah sukar untuk menghindarinya kerana daging babi sudah serasi dan sebati menjadi hidangan dan santapan lazat.
Mudah-mudahan mereka diberi hidayah dan bertaubat kepada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment