Friday 13 December 2019

Rafizi Pencen Dunia Politik atau MERAJUK?



by: Admin

Mana engkau wahai Rafizi harapan kami rakyat Malaysia?

Setelah kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU baru-baru ini, kini Rafizi berkeputusan untuk pencen dalam dunia politik.

Beliau yang dihubungi Admin enggan mengulas lanjut tetapi mengeluh dengan nafas yang agak berat. Sepatah perkataan hanyalah ingin meneruskan perniagaan Artficial Intelligence yang didakwa beliau bakal menjanjikan peluang pekerjaan kepada anak muda Malaysia.



Desakan kegawatan ekonomi setelah pertukaran Kerajaan telah mendesak rakyat mula berfikir secara logik akal bahawa siapa Rafizi Ramli.

Dahulunya Rafizi dikatakan Pakar Ekonomi Pakatan Harapan dengan menyajikan slide-slide ceramah berserta formula-formula unggul yang mendedahkan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah korup dan penipu.

Namun, setelah PH berjaya mengambil alih kerajaan baru Malaysia, rakyat masih menantikan harga minyak RM1.50 seliter, penghapusan pinjaman PTPTN, kereta beru murah berbelas ribu ringgit cuma, pendidikan percuma peringkat IPT, rumah murah, tanah murah dan segala janji bulan bintang beliau terhadap rakyat Malaysia.

Semua janji-janji berkenaan hilang dalam sekelip mata dengan  alasan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahatir bahawa semua janji berkenaan tidak mampu dilaksanakan kerana negara dalam keadaan muflis.

Adakah Rafizi kini MERAJUK dengan PH kerana gagal diberikan sebarang jawatan dan portfolio ataupun telah 'masyuk' dengan bayaran yang lumayan oleh Tun? Lets wait and see

No comments:

Post a Comment